Amanz

1 day ago

Amanz
Leica AG ialah sebuah syarikat yang tidak asing lagi untuk penggemar fotografi dan kamera. Kebanyakan daripada kamera mereka hadir dengan nilai nostalgia yang tinggi, dan juga kualiti binaan dan gambar yang sukar untuk ditandingi oleh pengeluar-pengeluar kamera yang lain.

Terkini, ia dilaporkan bahawa pemilik pegangan majoriti Leica AG, Andres Kaufmann dan Blackstone Inc. sedang dalam perbincangan untuk menjual pegangan majoriti syarikat tersebut kepada pihak-pihak yang berminat untuk memilikinya. Andreas Kaufmann ialah pengasas ACM Projektentwicklung GmbH yang merupakan pemegang majoriti saham Leica pada 55 peratus, manakala Blackstone Inc. memegang baki 45 peratus.

Leica telah mencatatkan rekod jualan tertinggi untuk empat tahun berturut-turut, dan kedua-dua pihak ini mungkin memikirkan bahawa ini adalah masa terbaik untuk melihat sekiranya ada pihak yang berminat untuk memiliki pegangan didalam syarikat tersebut.

Beberapa laporan mengatakan bahawa diantara syarikat yang mungkin berminat untuk membeli ekuiti ini termasuklah HongShan Capital Group dari China dan juga Altor Equity Partners dari negara Sweden. Nilai saham yang mahu dijual oleh kedua-dua pihak ini dilaporkan bernilai kira-kira $1.2 bilion, tetapi mereka dilaporkan tidak akan menjual pegangan tersebut sekiranya tiada kata sepakat dapat dicapai.

]]>...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Amanz ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description