Dedahkan laporan teknikal hakisan pantai Pulau Pinang/Make public technical report on Penang's coastal erosion

1 hour ago

Dedahkan laporan teknikal hakisan pantai Pulau Pinang/Make public technical report on Penang's coastal erosion

[ENGLISH VERSION BELOW] Sahabat Alam Malaysia (SAM) menyeru kerajaan negeri Pulau Pinang dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk mendedahkan kepada umum laporan teknikal mengenai hakisan pantai yang teruk yang berlaku di Batu Ferringhi dan Tanjung Bungah di Pulau Pinang.

Adalah penting laporan itu didedahkan kepada umum supaya punca hakisan pantai dan langkah-langkah mitigasi yang perlu diambil dapat difahami oleh semua yang berkepentingan, terutamanya mereka yang terjejas oleh hakisan kritikal pada harta benda mereka dan kehilangan pantai.

Pemimpin dalam kerajaan negeri tidak seharusnya menolak kebimbangan yang dibangkitkan oleh pertubuhan masyarakat sivil sebagai tidak berasas, mengenai kemungkinan kesan kerja-kerja penambakan besar-besaran yang telah dan sedang dijalankan di sekitar Pulau Pinang, tanpa mendedahkan kepada umum kajian teknikal saintifik atau laporan tentang apa yang berlaku.

Sekadar mengatakan bahawa hakisan pantai yang teruk disebabkan oleh faktor semula jadi adalah paling tidak bertanggungjawab dan tidak saintifik.

Adalah penting untuk menetapkan atau mengetepikan kenyataan melalui penyiasatan teknikal bahawa kerja-kerja penambakan tidak memberi kesan kepada pergerakan ombak, pemendapan dan hakisan di sepanjang garis pantai.

Impak kumulatif serta kesan jangka panjang perlu dipertimbangkan dan bukan hanya mengetepikan kebimbangan pertubuhan masyarakat sivil sebagai tidak berasas, dan hanya menegaskan bahawa punca semula jadi sememangnya punca hakisan teruk berlaku.

JPS adalah pihak berkuasa berkenaan yang bertanggungjawab dalam hal-hal persisiran pantai, dan menjadi tanggungjawab kerajaan negeri untuk mendedahkan laporan jabatan tersebut kepada umum, demi tadbir urus yang baik dan ketelusan.

Bukan sahaja SAM yang menyuarakan kebimbangan serius terhadap hakisan teruk yang berlaku tetapi juga hotel-hotel dan Persatuan Penduduk Tanjung Bungah yang menerima aduan daripada penduduk yang tinggal di sepanjang pantai yang menyaksikan kehilangan pantai yang merupakan aset awam penting. Terdapat juga kebimbangan terhadap keselamatan bangunan mereka.

Kami berharap kerajaan negeri akan memenuhi permintaan kami dan mendedahkan kepada umum laporan teknikal JPS mengenai hakisan pantai di kawasan terbabit. – SAM

English version

Make public technical report on Penang’s coastal erosion

Sahabat Alam Malaysia (SAM) calls on the Penang state government and the Department of Irrigation and Drainage (DID) to make public the technical report on the severe coastal erosion occurring in Batu Ferringhi and Tanjung Bungah in Penang.

It is vital that the report is made public so that the causes of the coastal erosion and the mitigation measures to be undertaken can be understood by all who are interested, especially those affected by the severe erosion on their properties and the loss of beaches.

State government leaders should not simply dismiss concerns raised by civil society organisations as being unsubstantiated over the likely impact of massive reclamation works which have been undertaken and are ongoing around Penang, without making public the scientific technical studies or reports on what is happening.

Simply saying that the severe coastal erosion is due to natural causes is most irresponsible and unscientific.

It is important to establish and rule out through technical investigations that the reclamation works have no impact on the movement of waves, sedimentation and erosion along our coastlines.

We have to look at the cumulative and long-term impacts and not just dismiss the concerns as being unsubstantiated, while simply asserting that natural causes are indeed the reason for the severe erosion taking place.

The DID is the relevant authority responsible for coastal matters, and it is incumbent on the state government to make the department’s report public, for the sake of good governance and transparency.

It is not only SAM that has expressed serious concerns over the severe erosion taking place but also hotels and the Tanjung Bungah Residents Association which have received complaints from residents living along the coast, who are witnessing the disappearance of the vital beaches which are important public assets. There are also concerns over the safety of their buildings.

We hope the state government will accede to our request. – SAM

Meenakshi Raman is the president of Sahabat Alam Malaysia.

...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Aliran ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description