Ibu mentua penasihat Karangkraf meninggal dunia

1 hour ago

Ibu mentua penasihat Karangkraf meninggal dunia
PETALING JAYA - Ibu mentua kepada Penasihat Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub dan Penasihat Bersama Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah iaitu Mek Jah Mat Diah, meninggal dunia pada Khamis kerana mengalami pendarahan ekstensif di otak.Allahyarhamah berusia 89 tahun, menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.07 pagi di Subang Jaya Medical Centre.Cucu kepada Allahyarhamah yang juga Pengerusi Karangkraf, Firdaus Hussamuddin berkata, sebelum ini Allahyarhamah berada dalam keadaan baik dan hanya uzur disebabkan faktor usia.Menurutnya, walaupun pergerakan perlu dibantu namun Allahyarhamah tidak mengalami sebarang masalah kesihatan yang serius dan menjalani kehidupan seperti biasa."Arwah suka duduk bersama keluarga, makan dan berbual. Tiada sebarang 'tanda-tanda' dia mahu meninggalkan kami semua."Walaupun usia 89 tahun, memorinya sangat kuat. Dia ingat semua nama anak, cucu dan cicit serta sentiasa mengambil berat terhadap apa yang berlaku di sekeliling terutamanya melibatkan keluarga."Oleh sebab itu, pemergian arwah meninggalkan kesan yang mendalam kepada seluruh keluarga. Nenek memang seorang yang penyayang dan prihatin terhadap anak dan cucu," ujarnya kepada Sinar Harian.Berkongsi mengenai keperibadian Allahyarhamah, Firdaus berkata, bahawa neneknya merupakan seorang yang gemar mengaji."Setiap hari arwah akan mengaji. Mungkin sebab itu nenek mempunyai daya ingatan dan memori yang kuat," ulasnya.Firdaus memaklumkan bahawa Allahyarhamah tidak mengalami sakit yang berpanjangan dan hanya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selama satu hingga dua hari sebelum menghembuskan nafas terakhir."Saat paling menyentuh perasaan apabila arwah dikelilingi semua anak, cucu dan cicit ketika saat-saat akhir."Selain itu, saya mewakili keluarga merakamkan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan serta saudara-mara yang sentiasa mendoakan kesihatan arwah dan memberi sokongan kepada keluarga. Kami amat menghargai semua doa yang diberikan," katanya. ...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description