Amanz

1 day ago

Amanz
Substack, salah satu perkhidmatan memfokuskan kepada buletin emel, kini mengesahkan perkhidmatan mereka mengalami insiden kebocoran data pengguna kepada pihak ketiga pada bulan Oktober 2025 yang lepas. Substack mengatakan antara data yang terkesan adalah alamat emel, dan juga nombor telefon.

Substack menekankan yang mana data seperti kad kredit dan kata laluan tidak terjejas denga kebocoran data ini.

Substack mengatakan mereka telah membaiki masalah yang membawa kepada kebocoran data ini, dan pada masa yang sama telah memulakan penyiasatan berkenaan dengannya. Melalui emel yang dihantar kepada pengguna, Substack memohon maaf atas insiden yang berlaku dan kerana kegagalan dalam menjaga data serta privasi pengguna.

Buat masa ini, jumlah pengguna yang terlibat dengan kebocoran data ini tidak dinyatakan.

]]>...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Amanz ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description