Amanz

1 hour ago

Amanz
Sony mengumumkan  mereka untuk Q3 tahun fiskal 2025 baru-baru ini dan mengesahkan konsol PlayStation 5 telah terjual sebanyak 92.2 juta unik. Dalam tempoh tiga bulan terakhir sehingga 31 Disember lalu, 8.1 juta lagi PS5 berjaya dijual dibantu oleh beberapa promosi potongan harga yang ditawarkan di beberapa pasaran termasuk Malaysia.

PS5 kini berada di kedudukan ke-8 konsol dengan jualan tertinggi di dunia dan berjaya memintas jualan PS3 yang terjual 87.4 juta setakat ini. Ia memerlukan sekitar 10 juta lagi unit untuk memintas Nintendo Wii (101.63 juta) dan PlayStation asal (102.49 juta).

Jualan PS5 sebenarnya berkurangan berbanding suku yang sama tahun lalu kerana ia tidak menerima potongan harga mendadak seperti PS4 selepas lima tahun dijual. Dengan pelancaran PS6 dijangka ditangguh selepas 2028, konsol ini akan terus dijual dibantu oleh harga jualan PC gaming yang menjadi semakin mahal disebabkan oleh kekurangan RAM dan storan.

]]>...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Amanz ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description