Amanz

1 hour ago

Amanz
Untuk anda yang menggunakan siri kad grafik NVIDIA GeForce RTX 5000 didalam komputer desktop ataupun komputer riba anda, NVIDIA baru-baru ini nampaknya telah mengesahkan bahawa ciri Dynamic Multi-Frame Generation akan diperkenalkan sebagai kemaskini kepada ciri Multi Frame Generation yang diperkenalkan untuk meningkatkan kadar bingkai permainan anda.

Dynamic Multi Frame Generation secara ringkasnya akan membolehkan kad grafik untuk mengesan kadar bingkai maksima pada paparan skrin anda (240 FPS sebagai contoh) dan akan mengehadkan penjanaan bingkai tambahan untuk memastikan bahawa maksima 240 bingkai dihasilkan. Ini sedikit sebanyak akan menjanjikan kadar bingkai yang stabil tanpa carikan skrin, isu ghosting dan berpotensi mengurangkan jumlah bingkai yang perlu dihasilkan khususnya untuk adegan-adegan statik.

Melalui teknologi Multi Frame Generation yang diperkenalkan sebelum ini, kad-kad grafik NVIDIA boleh menghasilkan tiga bingkai tambahan untuk meningkatkan kadar bingkai permainan. Dengan sokongan teknologi Deep Learning Super Sampling 4.5, NVIDIA mengatakan bahawa MFG 6X, janaan enam bingkai tambahan akan diperkenalkan bersama-sama Dynamic Multi Frame Generation tidak lama lagi.

Menurut laporan HardwareLuxx dari negara Jerman, perkara itu nampaknya telah disahkan oleh pihak NVIDIA sendiri, membolehkan pengguna kad grafik siri GeForce RTX 5000 untuk memainkan permainan dengan gabungan tetapan, resolusi dan kadar segar semula tinggi.

]]>...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Amanz ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description