Tiada kluster tibi di Perak, orang ramai diminta terus berwaspada
1 hour ago
KAMPAR - Tiada kluster penyakit tuberkulosis atau tibi direkodkan di Perak setakat ini, kata Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Feisul Idzwan Mustapha.Beliau berkata, Perak secara amnya merekodkan antara kadar jangkitan tibi paling rendah berbanding negeri lain dengan peningkatan kesedaran masyarakat membantu mengesan lebih banyak kes pada peringkat awal."Setakat ini memang tiada kluster di Perak. Jika mengalami batuk lebih dua minggu, walaupun tanpa kahak berdarah, hilang selera makan atau susut berat badan, segera dapatkan pemeriksaan di klinik kesihatan kerajaan atau swasta," katanya.Beliau bagaimanapun menasihatkan orang ramai supaya terus berwaspada khususnya golongan berisiko tinggi dengan mengurangkan aktiviti di tempat sesak termasuk bazar Ramadan."Untuk mengurangkan risiko jangkitan kuman, golongan berisiko digalakkan mengurangkan keadaan bersesak-sesak terutama sepanjang Ramadan dan musim perayaan."Jika perlu, pakailah pelitup muka dan kurangkan tempoh berada di tempat awam," katanya.Terdahulu Dr Feisul Idzwan ditemui dalam Majlis Pelancaran Operasi Keselamatan Makanan bulan Ramadan peringkat negeri Perak 2026 dan Kempen ‘Back to Bekas’ di Bazar Ramadan Bandar Baru Kampar pada Selasa.Majlis dirasmikan Exco Kesihatan, Sumber Manusia, Integrasi Nasional dan Hal Ehwal Masyarakat India Perak, Datuk A Sivanesan.Sementara itu, Sivanesan berkata, dalam tempoh dua bulan pertama ini, sebanyak 775 premis di seluruh negeri telah diperiksa sebagai sebahagian aktiviti penguatkuasaan dan kualiti makanan sempena Ramadan ini.Katanya, dalam tempoh sama, sebanyak 99 sampel makanan telah diambil untuk analisis makmal selain 64 tindakan rampasan dilaksanakan dengan nilai keseluruhan lebih RM600."Langkah penguatkuasaan ini diambil lebih awal sebelum Ramadan mencapai kemuncak bagi memastikan pengendali makanan mematuhi keperluan di bawah Akta Makanan 1983," katanya.Beliau berkata, setakat lima hari pertama bazar Ramadan beroperasi tahun ini, tiada laporan kes keracunan makanan diterima daripada mana-mana daerah di Perak.Ujarnya, penguatkuasaan berterusan akan dilaksanakan dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan dan agensi berkaitan bagi memastikan keselamatan makanan sentiasa berada pada tahap terbaik."Pemeriksaan ini akan melibatkan 12 daerah dengan keseluruhan 94 tapak bazar dan 6,284 gerai yang direkodkan beroperasi tahun ini," katanya....
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

