Amanz
1 day ago

Baru-baru ini, di acara kejuruteraan RE//verse 2026 pada minggu lepas, seorang individu bernama Markus ‘Doom’ Gaasedelen telah memperlihatkan bagaimana beliau telah menggodam konsol permainan video tersebut menggunakan godaman voltan ataupun ‘voltage hack’ yang dinamakan ‘Bliss’.
Beliau telah menjelaskan bagaimana godaman ini boleh dilakukan, dan ia memerlukan pemahaman tentang bagaimana tenaga dan voltan elektrik berfungsi untuk melepasi halangan sekuriti pada konsol tersebut.

Lebih menarik lagi, oleh kerana godaman ini membolehkan Markus untuk mengakses data didalam bahagian ROM (Read-Only Memory) didalam cip pemprosesan konsol, teknik godaman ini sukar, malah mustahil untuk diperbaiki oleh pihak Microsoft kerana secara teknikalnya ia melepasi semua sistem-sistem keselamatan yang terbina dengan begitu sahaja.
Secara ringkasnya juga, godaman ini membolehkan sistem operasi dan semua perisian dan perkhidmatan konsol tersebut untuk diakses tanpa memerlukan sebarang pengesahan dari pihak Microsoft. Sama seperti konsol-konsol permainan Sony PlayStation yang lama, godaman ini boleh dimuatkan didalam sebuah cip yang membolehkan pengguna untuk melangkaui sistem sekuriti yang terbina, dan membolehkan pengguna untuk mengakses permainan yang tidak perlu melalui proses pengesahan Microsoft.
]]>...Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free

