Pharmaniaga keluar daripada status PN17 berkuat kuasa Selasa

1 hour ago

Pharmaniaga keluar daripada status PN17 berkuat kuasa Selasa
BURSA Malaysia Securities Berhad (Bursa Securities) mengumumkan bahawa Pharmaniaga Berhad (Pharmaniaga) akan dikeluarkan daripada klasifikasi syarikat di bawah Practice Note 17 (PN17) berkuat kuasa mulai jam 9 pagi, Selasa.Bursa Securities dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan keputusan itu dibuat selepas usaha penstrukturan semula kedudukan kewangan syarikat berkenaan berjaya dilaksanakan.Menurut Bursa Securities, Pharmaniaga tidak lagi mencetuskan mana-mana kriteria di bawah Perenggan 2.1 PN17 dalam Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Securities.Terdahulu, syarikat farmaseutikal itu diklasifikasikan sebagai syarikat PN17 pada Februari 2023.Status PN17 lazimnya diberikan kepada syarikat tersenarai yang berdepan masalah kewangan serius atau kedudukan kewangan yang lemah dan memerlukan pelan pemulihan bagi mengekalkan status penyenaraian di Bursa Malaysia.Antara punca utama Pharmaniaga diklasifikasikan sebagai PN17 ialah apabila syarikat merekodkan peruntukan sebanyak RM552.3 juta bagi stok vaksin Covid-19 yang bergerak perlahan.Sementara itu, Bursa Securities memaklumkan pihaknya akan terus memantau perkembangan syarikat-syarikat yang berada di bawah PN17 dan Guidance Note 3 (GN3) bagi memastikan pematuhan terhadap Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama dan Pasaran ACE Bursa Securities....

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description