Aliran kenderaan masuk Perak meningkat 30 peratus sempena Aidilfitri

1 hour ago

Aliran kenderaan masuk Perak meningkat 30 peratus sempena Aidilfitri
GOPENG - Aliran kenderaan di lebuh raya dan jalan utama di Perak dijangka meningkat sehingga 30 peratus berbanding hari biasa menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri ini.Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, peningkatan ketara itu dijangka berlaku bermula 18 hingga 20 Mac susulan pergerakan warga kota pulang ke kampung halaman."Berdasarkan jangkaan, peningkatan aliran trafik boleh mencapai sehingga 30 peratus berbanding hari biasa."Apabila berlaku kesesakan di lebuh raya, limpahan kenderaan itu biasanya akan masuk ke jalan persekutuan dan jalan negeri," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Op Selamat 26 Sempena Hari Raya Aidilfitri Peringkat Negeri Perak Tahun 2026 di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Perak di sini pada Selasa.Noor Hisam berkata, bagi melancarkan pergerakan trafik di beberapa persimpangan tertentu, lampu isyarat akan ditukar kepada mod berkelip (amber mode) dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR)."Pengguna jalan raya perlu lebih berhati-hati apabila melalui simpang yang menggunakan mod tersebut," katanya.Menurut beliau, Op Selamat 26 yang bermula secara rasmi pada 19 hingga 24 Mac itu melibatkan seramai 32 pegawai kanan dan 223 pegawai rendah dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) yang tidak akan bercuti sepanjang tempoh operasi.Katanya, kesemua mereka ditempatkan di 48 lokasi hotspot dan 29 lokasi blackspot di seluruh negeri bagi memastikan kawalan trafik dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan."Fokus utama operasi ini adalah untuk memastikan aliran trafik lancar, mengurangkan kemalangan jalan raya khususnya kemalangan maut serta menjamin keselamatan premis kediaman yang ditinggalkan semasa musim perayaan," katanya.Tambahnya, berdasarkan rekod Op Selamat sebelum ini, sebanyak 960 kemalangan direkodkan di Perak dengan 10 kes kemalangan maut."Sasaran kita kali ini adalah untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya sekurang-kurangnya lima peratus," katanya.Pelaksanaan operasi turut mendapat kerjasama pelbagai agensi termasuk Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta PLUS Malaysia Berhad.  ...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description