Rumah dijadikan pusat jagaan warga emas diserbu, 27 warga asing ditahan
1 hour ago
MUAR - Premis perniagaan dan premis kediaman dijadikan pusat jagaan warga emas yang menggaji dan melindungi pendatang asing tanpa izin (PATI) digempur Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor pada Sabtu lalu.Pengarah JIM Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata, sepasukan pegawai penguat kuasa dari Bahagian Penguatkuasa JIM Cawangan Muar melakukan serbuan pada jam 6 petang.Jelasnya, Ops Belanja, Ops Sapu dan Ops Selera itu dijalankan serentak ke atas beberapa premis perniagaan dan rumah kediaman termasuk yang dijadikan pusat jagaan warga emas."Bertindak atas maklumat awam dan risikan, seramai 42 individu diperiksa dan 27 warga asing ditahan."Mereka terdiri daripada enam lelaki dewasa warganegara Indonesia, 11 lelaki Myanmar, seorang kanak-kanak lelaki Indonesia, seorang kanak-kanak lelaki Myanmar dan seorang kanak-kanak perempuan Myanmar."Turut ditahan tiga wanita Indonesia dan empat wanita Myanmar, semua yang ditahan berusia dalam lingkungan satu bulan hingga 48 tahun," kataya dalam kenyataan pada Selasa.Katanya, semua yang ditahan disyaki melakukan kesalahan dibawah Akta Imigresen 1959/63.Jelasnya, mereka ditempatkan di Depot Imigresen Pekan Nenas, Pontian untuk siasatan dan tindakan lanjut.Selain itu katanya, sekeping borang 29 iaitu saman kepada saksi dikeluarkan sepanjang pemeriksaan untuk membantu siasatan.
...
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

