Amanz

1 hour ago

Amanz
Pada hari ini, terdapat beberapa aplikasi yang membantu dalam kiraan kalori dan perancangan pemakanan harian – sekaligus memastikan kita lebih sihat berbanding kebiasaan. Salah satu aplikasi seumpamanya yang dibangunkan pembangun tempatan adalah Tied.

Tied ditawarkan untuk Android dan iPhone, membolehkan pengguna untuk menetapkan sasaran berat badan, dan seterusnya merekodkan makanan yang diambil setiap hari menggunakannya. Ia menggunakan sokongan kecerdasan buatan untuk mengenal pasti makanan dan melakukan kiraan kasar kalori untuk setiap makanan.

Menurut pembangunnya, kini aplikasi Tied digunakan lebih 30,000 pengguna dalam menjejak kalori dan membantu kekal konsisten.

Tied ditawarkan secara percuma, tetapi turut hadir dengan sokongan langganan berbayar bulanan pada harga RM14.99 sebulan, yang memberikan akses kepada pengenal-pastian makanan lebih pintar, sokongan menyelarikan data kesihatan, perancangan makanan harian, serta beberapa ciri tambahan lain. Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun Tied di hari ini.

]]>...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Amanz ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description