Amanz
1 hour ago

Langkah ini adalah sebahagian daripada usaha Bank Islam untuk memodenkan pengurusan kewangan dengan menggabungkan urusan penulisan wasiat dan pengurusan harta ke dalam aplikasi perbankan mudah alih. Perkhidmatan baharu ini membolehkan pelanggan menyediakan wasiat dengan lebih mudah dan patuh Syariah terus melalui telefon pintar. Pada masa yang sama, Bank Islam berhasrat meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pentingnya penghasilan wasiat serta mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju dalam pengurusan harta secara digital.

Bagi yang ingin mencuba, perkhidmatan ini boleh diakses melalui Service Hub dalam BIMB Mobile. Bank Islam menawarkan harga promosi RM300 untuk Pelan Platinum, eksklusif melalui aplikasi tersebut. Selain itu, 250 pelanggan pertama akan menerima baucar Touch ‘n Go eWallet bernilai RM40. Kemudahan ini juga menjadi satu lagi pilihan baharu sekali gus memberikan lebih banyak alternatif kepada pengguna untuk mengurus penghasilan wasiat dengan cara yang mudah.
]]>...Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free

