Amanz
1 hour ago

Menerusi perjanjian yang bernilai USD 50 Bilion ini, OpenAI akan digunakan secara meluas, termasuklah ketersediaan Codex untuk pengguna AWS. Malah dengan perjanjian ini juga kemajuan teknologi AI bakal dapat memacu kesemua pihak yang bergiat dalamnya. Selain dari OpenAI yang merupakan pembangun ChatGPT, Amazon juga turut melabur pada Anthropic yang bertanggungjawab dalam membangunkan Claude.

Dalam acara AWS What’s Next juga, AWS turut berkongsi beberapa pembangunan ejen AI seperti Amazon Connect Talent yang berupaya mengendalikan temuduga pekerjaan dan menetapkan waktu temujanji bersesuaian disamping menyediakan transkrip perbualan sewaktu temuduga. Amazon Connect Health pula merupakan ejen AI yang dapat membantu hospital dan klinik dalam mengendalikan rekod berkenaan pesakit, dari sejarah kesihatan pesakit, sehinggalah transkip perbualan antara pesakit dan doktor.

Dengan tibanya OpenAI pada perkhidmatan AWS, ini sedikit sebanyak membuka lebih banyak kemajuan baik untuk pembangunan AI, mahupun syarikat, pembangun, dan perusahaan yang akan memanfaatkannya kelak.
]]>...Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free

