Menteri Indonesia mohon maaf beri cadangan cetus kontroversi

1 hour ago

Menteri Indonesia mohon maaf beri cadangan cetus kontroversi
JAKARTA – Menteri Pemberdayaan Perempuan dan Perlindungan Anak Indonesia, Arifah Fauzi, tampil memohon maaf susulan kenyataannya yang dianggap kurang sensetif berkaitan cadangan kontroversi melibatkan gerabak wanita selepas insiden nahas kereta api di Bekasi Timur, Jawa Barat.Beliau berkata, kenyataan tersebut tidak berniat mengabaikan keselamatan penumpang lain, sebaliknya menegaskan bahawa keselamatan semua pihak kekal sebagai keutamaan kerajaan."Saya memohon maaf sebesar-besarnya kepada seluruh masyarakat, khususnya kepada para mangsa dan keluarga yang berasa tersinggung atau tidak selesa dengan kenyataan tersebut," katanya pada Rabu.Menurutnya, dalam situasi duka, fokus utama seharusnya diberikan kepada usaha menyelamat, rawatan mangsa serta sokongan kepada keluarga yang terjejas.Arifah turut menegaskan kementeriannya komited memastikan kebajikan mangsa terus terbela, termasuk menyediakan bantuan psikologi dan perlindungan, khususnya kepada kanak-kanak yang kehilangan ahli keluarga akibat tragedi tersebut.Terdahulu, beliau mencetuskan kontroversi apabila mencadangkan agar gerabak khas wanita dalam tren komuter dipindahkan ke bahagian tengah, sekali gus mencetuskan perdebatan mengenai keutamaan sebenar dalam aspek keselamatan pengangkutan awam."Gerabak wanita sebaiknya dipindahkan ke bahagian tengah tren, manakala gerabak lain boleh disusun di bahagian hadapan dan belakang sebagai pemangkin keselamatan," katanya ketika melawat mangsa kemalangan di hospital.Cadangan itu dikemukakan selepas pelanggaran melibatkan tren Argo Bromo Anggrek dan tren komuter di Stesen Bekasi Timur yang mengorbankan serta mencederakan ramai penumpang.Bagaimanapun, kenyataan tersebut menerima kritikan meluas kerana dianggap tidak sensitif dan tidak selari dengan keperluan mendesak untuk menilai semula sistem keselamatan rel secara menyeluruh.Sehubungan itu, beliau menggesa semua pihak memberi tumpuan kepada usaha membantu mangsa serta memperkukuh langkah keselamatan bagi mengelakkan tragedi sama berulang.- Agensi...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description