PPR Lembah Subang 1: Kerajaan negeri kaji RTO, fokus baik pulih
1 hour ago
SHAH ALAM - Kerajaan negeri Selangor sedang meneliti cadangan pelaksanaan skim 'rent to own' (RTO) bagi Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang 1, namun keutamaan ketika ini adalah kerja baik pulih menyeluruh fasiliti dan kediaman di kawasan berkenaan.Exco Perumahan dan Kebudayaan, Datuk Borhan Aman Shah berkata, cadangan RTO itu sememangnya dalam pertimbangan, namun ia hanya akan dimuktamadkan selepas beberapa perkara asas diselesaikan terlebih dahulu.Menurutnya, kerajaan negeri kini dalam proses mendapatkan persetujuan serta kelulusan berkaitan penyerahan dan peruntukan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)."Kita bukan sekadar ambil alih, tetapi melihat keperluan untuk membaik pulih semula keseluruhan kawasan termasuk aspek kemudahan, persekitaran dan penyelenggaraan yang memerlukan kos agak tinggi."Fokus utama sekarang adalah kerja-kerja pemulihan terlebih dahulu dan selepas itu, barulah kita akan buat kajian lanjut sama ada mahu melaksanakan RTO atau meneruskan kaedah penyewaan sedia ada," katanya.Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian selepas diminta mengulas dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Nurul Syazwani Noh mengenai PPR Lembah Subang 1 sudah tidak lagi efektif dan memerlukan reformasi segera termasuk pelaksanaan RTO.Nurul Syazwani semasa sesi perbahasan di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada Selasa lalu turut menggesa kerajaan Selangor melakukan penstrukturan semula peruntukan dana penyelenggaraan.Mengulas lanjut, Borhan berkata, pihaknya akan mengambil kira semua cadangan dan pandangan sebelum sebarang keputusan dibuat, termasuk menyediakan kertas cadangan rasmi untuk dibentangkan kepada pihak berkaitan."Kita akan hantar kertas kerja termasuk cadangan RTO ini, tetapi ia bergantung kepada kelulusan dan lampu hijau daripada KPKT serta agensi lain seperti Majlis Keselamatan Negara (MKN)," ujar beliau.Menurutnya, jumlah unit kediaman di PPR Lembah Subang 1 adalah sekitar 3,400 unit dan keadaan semasa memerlukan penelitian rapi sebelum sebarang perubahan dasar dilaksanakan."Penduduk di situ perlu diberi keutamaan, jadi kita akan pastikan setiap langkah dibuat berdasarkan kajian terperinci dalam masa terdekat," katanya....
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

