Pemindahan penumpang MV Hondius selesai
1 hour ago
AMSTERDAM - Dua pesawat terakhir yang membawa penumpang dan kru dari kapal MV Hondius yang dilanda wabak hantavirus tiba di Belanda pada Selasa.Seramai 28 orang termasuk kru dan kakitangan perubatan telah dipindahkan dari kapal berkenaan.Kapal persiaran yang terjejas akibat penularan virus bawaan najis dan air kencing tikus itu berlayar ke Amsterdam pada Selasa selepas kesemua penumpang dari pelbagai negara turun di Kepulauan Canary, Sepanyol, dengan sekurang-kurangnya tujuh daripada mereka disahkan positif virus tersebut.Setakat Isnin, sebanyak sembilan kes hantavirus telah disahkan termasuk dua disyaki.MV Hondius dijangka tiba di Rotterdam pada malam Ahad ini untuk menjalani proses nyahjangkit.Lebih 25 kru dan kakitangan perubatan masih berada di atas kapal berkenaan, yang turut membawa mayat seorang penumpang dari Jerman yang diserang wabak itu."Misi telah selesai," kata Menteri Kesihatan Sepanyol, Mónica García Gómez di pelabuhan Granadilla de Abona di Tenerife, lokasi proses pemindahan kompleks yang berlangsung selama dua hari bermula Ahad lalu.Difahamkan, seramai 125 penumpang dan kru dari 23 negara kini telah kembali ke negara masing-masing atau sedang dalam proses penghantaran pulangSementara itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mencadangkan tempoh pengasingan selama 42 hari terhadap penumpang yang turun dari MV Hondius."Kami enggan mencetuskan panik awam kerana penularan sesama manusia jarang berlaku dan ia tidak perlu dianggap seperti Covid-19," kata pemangku Ketua Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit, Dr Jay Bhattacharya. - Agensi ...
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

