Bank Islam sedia perbankan menyeluruh dari Malaysia ke Tanah Suci
1 hour ago
SHAH ALAM – Sebagai rakan strategik utama Lembaga Tabung Haji (TH) pada musim haji 1447H, Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam atau Bank) menyediakan penyelesaian perbankan haji yang menyeluruh dari Malaysia ke Tanah Suci.Bank Islam dalam satu kenyataan berkata, pendekatan menyeluruh ini membolehkan jemaah memberi sepenuh perhatian kepada ibadah tanpa dibebani kebimbangan berkaitan pengurusan kewangan.Menurutnya, di peringkat domestik, jemaah haji boleh membuat persiapan awal melalui lebih 130 cawangan Bank Islam Malaysia Berhad di seluruh negara, termasuk urusan Lembaga Tabung Haji, pengurusan dana dan perkhidmatan perbankan runcit."Antara kemudahan yang disediakan termasuk penulisan wasiat dengan pelantikan wasi untuk memudahkan pengurusan harta pusaka, perlindungan Takaful myClick Travel PA sehingga RM500,000, bantuan kecemasan 24 jam serta manfaat pemindahan perubatan kecemasan dan penghantaran pulang ke tanah air."Jemaah juga boleh membuat simpanan dan pelaburan melalui akaun Awfar yang menawarkan kemudahan transaksi harian serta peluang cabutan hadiah bernilai sehingga RM18 juta setahun."Perkhidmatan ini turut disokong oleh platform digital BIMB Mobile by Bank Islam dan BIMB Web by Bank Islam untuk pengurusan akaun dan transaksi secara mudah sebelum ke Tanah Suci," katanya.Tambah kenyataan tersebut, selain itu, Kad Debit-i Bank Islam Visa TH membolehkan pembayaran di lebih 60 juta lokasi serta pengeluaran tunai di lebih 2.5 juta terminal mesin juruwang automatik (ATM) di seluruh dunia.Jelasnya, ia termasuk Arab Saudi dengan pengecualian fi untuk pengeluaran tunai di ATM Visa Plus di negara itu sepanjang musim haji ini, namun pengendali ATM mungkin mengenakan caj transaksi tempatan yang berada di luar kawalan Bank Islam."Bank Islam juga menawarkan Kad Kredit-i dengan ganjaran dan pulangan tunai, termasuk promosi pemindahan baki sifar peratus sehingga 12 bulan untuk pelanggan baharu sehingga 31 Mei 2026."Turut disediakan ialah penukaran 30 jenis mata wang asing tanpa yuran di cawangan Bureau de Change termasuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan beberapa lapangan terbang utama."Bagi sokongan di Tanah Suci, 10 petugas khas ditempatkan di Makkah dan Madinah di beberapa hotel serta pusat sokongan bagi membantu jemaah Malaysia berkaitan perbankan, kad dan transaksi," katanya.Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bank Islam, Raja Datin Paduka Teh Maimunah Raja Abdul Aziz berkata, ibadah haji merupakan satu perjalanan rohani yang amat istimewa dan dinanti-nantikan."Di Bank Islam, kami berbesar hati dapat berjalan seiring dengan jemaah dalam perjalanan ini dengan memastikan urusan perbankan mereka diurus dengan selamat, mudah dan teratur agar jemaah dapat menunaikan ibadah dengan lebih tenang serta penuh penghayatan," ujarnya.Tambah beliau, Bank Islam kekal komited untuk menyokong kesejahteraan pelanggan melalui pendekatan holistik ini, seterusnya terus mengukuhkan peranan bank sebagai rakan perbankan dipercayai bagi jemaah haji Malaysia....
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

