Amanz
1 day ago

Canon EOS R6 V menggunakan sensor CMOS 32.5 MP bingkai penuh dengan rakaman dalaman sehingga 7K RAW 60p (Open Gate 7K RAW 30p). Ia turut menyokong rakaman 4K DCI/UHD sehingga 120p dengan mod 4K Fine Oversampling daripada 7K.
Kamera ini juga menawarkan sokongan ProRes RAW output melalui HDMI ke perakam Atomos, Canon Log 2 dan Log 3 dengan codec HEVC/AVC dalam format MP4, serta hadir dengan dua slot kad CFexpress Type B dan SD yang menyokong rakaman serentak RAW dan MP4.

Untuk video, ia menggunakan teknologi Dual Pixel CMOS AF dengan pengesanan subjek seperti manusia, haiwan dan kenderaan, manakala penstabilan imej dalam badan mencapai sehingga 7.5 hentian (stops) apabila digabungkan dengan lensa RF24-105mm F2.8 L IS USM.
Kamera ini turut dilengkapi kipas penyejuk terbina dengan tiga kelajuan bagi memastikan rakaman berpanjangan tanpa isu terlalu panas. Selain itu, ia hanya menggunakan shutter elektronik tanpa sokongan mekanikal dan tidak menyokong flash.

Terdapat juga skrin LCD kamera yang boleh dipusing atau dilipat ke pelbagai arah berukuran 3.0 inci tanpa EVF. Berat kamera pula sekitar 688 gram termasuk bateri, manakala sambungan yang tersedia merangkumi USB-C 10 Gbps, HDMI penuh, bicu audio 3.5 mm serta sokongan Wi-Fi dan Bluetooth.
Melengkapkan pelancaran ini, Canon turut melancarkan beberapa aksesori seperti BR-E2 Wireless Remote-Control yang menambah kawalan zum serta kawalan pencahayaan melalui Bluetooth. Canon EOS R6 V dijangka mula berada di pasaran pada penghujung bulan Jun dengan harga sekitar $2499 (RM9,821) untuk badan sahaja.
]]>...Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free

