Prabowo tenang isu rupiah jatuh, rakyat kampung ‘tak guna dolar’

1 hour ago

Prabowo tenang isu rupiah jatuh, rakyat kampung ‘tak guna dolar’
SURABAYA – Presiden Indonesia, Prabowo Subianto memberi reaksi santai terhadap kejatuhan nilai rupiah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dengan menyatakan rakyat di kawasan luar bandar tidak menggunakan mata wang asing itu dalam kehidupan harian mereka.Prabowo berkata, penyusutan nilai rupiah tidak memberi kesan langsung kepada kebanyakan rakyat terutama di desa yang lebih menumpukan kepada keperluan asas seperti makanan dan tenaga."Rakyat di kampung bukan guna dolar pun, betul tak?"Makanan selamat, tenaga juga selamat. Banyak negara panik tetapi Indonesia masih okay," katanya ketika merasmikan Muzium Marsinah di Nganjuk, Jawa Timur pada Sabtu.Beliau turut menyindir pihak yang sering menggambarkan ekonomi Indonesia sedang menuju kehancuran hanya kerana nilai rupiah terus melemah."Setiap masa ada yang kata Indonesia akan runtuh, akan huru-hara dan sebagainya," katanya.Prabowo yang juga Presiden Parti Gerindra menegaskan ketahanan ekonomi Indonesia masih berada dalam keadaan baik dan stabil terutama dalam sektor makanan dan tenaga di tengah ketidaktentuan global.Dalam ucapan sama, beliau turut menyentuh soal kesetiaan terhadap Negara Kesatuan Republik Indonesia (NKRI) dengan mendakwa rakyat biasa masih setia kepada negara, sebaliknya ada pemimpin yang gagal menjaga kepentingan rakyat selepas memperoleh kuasa."Ramai pemimpin melaungkan semangat NKRI tetapi apabila sudah berkuasa, mereka tidak berpihak kepada rakyat sendiri," katanya.Nilai tukar rupiah dilaporkan berada pada paras sekitar 17,592 rupiah berbanding satu dolar AS pada Sabtu selepas mencecah 17,614 rupiah sehari sebelumnya. - Agensi...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description