Amanz
1 day ago
Terkini, kemaskini tampalan kernel Intel untuk sistem operasi Linux telah memperlihatkan penawaran model cip pemprosesan Intel baru yang dinamakan “Panter Lake R”. Ini bukanlah untuk menandakan bahawa Intel akan memperkenalkan model kemaskini “Refresh”, tetapi lebih kepada “Rugged” untuk penggunaan bersama komputer riba tahan lasak.

Penjenamaan Panther Lake R ini memperlihatkan bahawa Intel akan memperlihatkan model cip yang hadir dengan kemampuan untuk beroperasi secara normal dalam julat suhu ekstrim dari -40 darjah Celcius ke 100 darjah Celcius dan juga boleh beroperasi dalam situasi dimana komputer riba sedang bergegar secara agresif dan pelbagai situasi lain yang mencabar.
Setakat ini tidak ada butiran lanjut mengenai butiran model cip Panther Lake R ini, dan tidak diketahui jenama pembuat komputer tahan lasak manakah yang akan menggunakannya.
]]>...Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free

