Amanz

1 hour ago

Amanz
Era permainan yang dibangunkan PlayStation Studios ke PC nampaknya secara rasmi berakhir. Wartawan Bloomberg, melaporkan CEO PlayStation Studios, Hermen Hulst mengumumkan kepada kakitangan permainan PlayStation dengan satu permainan dengan naratif kini eksklusif pada konsol buatan mereka sahaja. Hanya permainan multi pemain atau jenis live service sahaja akan ditawarkan kepada PC selepas ini.

Ini bermakna permainan seperti siri Horizon, The Last of US, Ghost of Tsushima, dan Spider-Man kekal di PS sementara permainan seperti Marathon dan Helldivers sahaja akan ke PC. Antara sebab ini dilakukan adalah jualan permainan satu pemain sahaja di PC port tidak memberangsangkan. Tambahan lagi peminat siri Horizon, Ghost of War atau Spider-Man sudahpun memiliki konsol PS maka tidak akan menunggu untuk membelinya di PC.

Ia juga dilihat sebagai reaksi Sony yang melihat Xbox juga ingin kembali menawarkan permainan studio mereka secara eksklusif. Kemungkinan Steam Machine mengambil jualan konsol PlayStation masa hadapan turut menjadi faktor permainan PlayStation Studios kembali eksklusif.

]]>...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Amanz ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description