Kanak-kanak jadi hero, gagalkan cubaan culik
1 hour ago
TYUMEN – Tindakan pantas seorang kanak-kanak lelaki bersama seorang wanita dewasa berjaya menggagalkan cubaan menculik seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dalam kejadian di kawasan perumahan di Tyumen, Rusia pada 28 Mei lalu.Dalam kejadian tersebut, suspek berusia 44 tahun dipercayai menarik mangsa yang sedang bermain di kawasan halaman sebelum membawa kanak-kanak itu masuk ke dalam sebuah bangunan berhampiran.Menurut dokumen mahkamah, suspek kemudian membawa mangsa ke ruang tangga bangunan dan mengasingkannya sebelum cuba melakukan serangan seksual terhadap kanak-kanak berkenaan.Bagaimanapun, cubaan tersebut berjaya dikesan apabila seorang kanak-kanak lelaki yang turut berada di kawasan permainan bertindak membuka pintu tangga bangunan dan menjerit meminta bantuan.Jeritan itu menarik perhatian seorang wanita berusia 31 tahun yang sedang melalui kawasan tersebut dengan kenderaan.Wanita berkenaan segera memberhentikan kereta dan bergegas masuk ke dalam bangunan selepas menyedari sesuatu kejadian mencurigakan sedang berlaku.Wanita itu kemudian berdepan dengan suspek di dalam bangunan sebelum berjaya menarik keluar mangsa ke tempat selamat.Dalam masa sama, beliau turut merakam gambar suspek sebagai bukti sebelum memastikan kanak-kanak tersebut berada dalam keadaan selamat.Tidak lama kemudian, pihak polis tiba di lokasi dan menahan lelaki berkenaan tanpa sebarang insiden.Polis mengesahkan suspek telah mengaku bersalah dalam siasatan awal dan kini berdepan pertuduhan serius.Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun atas dakwaan melakukan serangan seksual terhadap kanak-kanak bawah umur.Mangsa dilaporkan selamat dari segi fizikal, namun sedang menerima rawatan dan sokongan psikologi akibat trauma kejadian tersebut.Kejadian ini turut mendapat perhatian meluas di media sosial dengan ramai memuji keberanian orang awam yang bertindak pantas menyelamatkan mangsa. - Agensi...
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

