Malaria Import: Rantaian diputus, Terengganu kekal sifar kes libatkan penduduk tempatan
1 hour ago
KUALA TERENGGANU - Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) mengesahkan rantaian transmisi melibatkan 17 kes malaria import di negeri ini berjaya diputuskan dengan serta-merta, sekali gus mengekalkan status sifar jangkitan dalam kalangan penduduk tempatan.JKNT dalam satu kenyataan memaklumkan, jumlah tersebut merangkumi 13 kes malaria manusia dan empat kes malaria zoonotik bagi tempoh Januari hingga Mei 2026.Menurut jabatan tersebut, daripada keseluruhan kes malaria manusia yang direkodkan, sebanyak 11 kes melibatkan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), manakala dua lagi kes melibatkan Pendatang Asing Dengan Izin (PADI)."Siasatan epidemiologi mendapati kesemua kes mendapat jangkitan di luar negara dan diklasifikasikan sebagai kes import."Terengganu masih mengekalkan status sifar kes malaria manusia tempatan," kata kenyataan itu pada Jumaat.Kenyataan itu dikeluarkan bagi mengulas mengenai satu surat edaran dalaman berkaitan malaria bertarikh 3 Jun 2026 yang tular di media sosial baru-baru ini.Mengulas lanjut, JKNT menjelaskan surat berkenaan merupakan edaran dalaman kepada fasiliti kesihatan di Terengganu bagi meningkatkan kesiapsiagaan anggota untuk pengesanan awal kes malaria manusia dalam kalangan PATI, susulan peningkatan kes malaria import sejak awal Mei lalu.Bagaimanapun, JKNT menegaskan bahawa kesemua kes berjaya dikesan awal dan rantaian transmisi jangkitan telah diputuskan."Sehingga kini, tiada penularan tempatan dikesan melibatkan penduduk tempatan mahupun PATI yang berada di negeri ini."Namun, JKNT sentiasa berwaspada kerana kemasukan kes malaria dari luar negara berpotensi meningkatkan risiko penularan tempatan," ujarnya.Susulan itu, beberapa tindakan proaktif telah diambil termasuk melaksanakan pengesanan kontak, mempergiat kawalan vektor di lokaliti kes, serta memastikan pesakit positif dimasukkan ke wad untuk rawatan lengkap.Jelasnya, surat amaran (alert) juga telah dikeluarkan kepada semua fasiliti kesihatan selain melaksanakan pendidikan kesihatan di penempatan warga asing dan mengadakan kolaborasi bersama agensi lain melalui Jawatankuasa Tindakan Daerah (JKTD)."Pihak jabatan turut menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kegusaran dan sentiasa mendapatkan maklumat sahih daripada sumber rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," ujar kenyataan tersebut. ...
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

