Aminuddin didakwa bubar DUN tanpa persetujuan Undang Yang Empat
1 hour ago
TAMPIN - Peguam kepada Undang Luak Jelebu, Khairul Azam Abdul Aziz mendakwa pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang diumumkan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun malam Khamis adalah tidak sah.Ini kerana katanya, mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) 1959, pembubaran tersebut bukan sahaja perlu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Besar (YDPB) Negeri Sembilan tetapi juga Undang Yang Empat atau majoriti anggota Dewan Keadilan dan Undang (DKU)."Saya mengesahkan bahawa Undang Luak Jelebu dan Undang Luak Johol tidak dihubungi langsung untuk pembubaran tersebut."Jadi keabsahan pembubaran berkenaan boleh dipertikaikan dan saya sahkan pengumuman dibuat malam tadi (Khamis) tidak mendapat perkenan Datuk-Datuk Undang," katanya ketika ditemui Sinar Harian di Balai Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin di sini pada JumaatBeliau berkata, pihaknya sudah menjangkakan perkara tersebut berlaku dan bersedia mengambil tindakan selanjutnya.Menurutnya, salah satu tindakan yang akan dilakukan ialah menghantar surat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memaklumkan bahawa pengumuman berkenaan tidak mendapat perkenan pemerintah.Terdahulu, Aminuddin mengumumkan pembubaran DUN Negeri Sembilan di kediaman rasmi Menteri Besar selepas menghadap YDPB, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Istana Hinggap pada jam 8.30 malam.Menurut beliau, pembubaran tersebut mengikut UUTKNS 1959 dan pihaknya akan menghantar notis kepada SPR untuk menentukan tarikh penamaan calon serta hari pengundian....
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

