Perak larang pendakian sehari di tujuh laluan berisiko serta-merta

1 hour ago

Perak larang pendakian sehari di tujuh laluan berisiko serta-merta
IPOH – Jabatan Perhutanan Negeri Perak menguatkuasakan larangan serta-merta terhadap aktiviti pendakian secara 'dayhike' atau 'compressed hike' di tujuh laluan pendakian berisiko di negeri ini bagi meningkatkan aspek keselamatan pendaki.Arahan tersebut dikeluarkan Pengarah Perhutanan Perak, Datuk Mohd Basri Abdul Manaf menerusi satu notis yang disiarkan menerusi Facebook jabatan itu pada Jumaat.Keputusan tersebut dibuat selepas mengambil kira penilaian risiko semasa serta kesesuaian bentuk muka bumi di lapangan.Hanya pendakian mengikut tempoh minimum yang ditetapkan dibenarkan bagi laluan terlibat.Antara laluan yang dikenakan larangan ialah Gunung Korbu-Gunung Gayong yang memerlukan tempoh minimum pendakian selama tiga hari selain laluan Trans Spencer Chapman melibatkan Gunung Bar Gading, Gunung Kak dan Gunung Batu Putih dengan tempoh minimum lima hari.Turut tersenarai ialah laluan Trans Jerging (Gunung Suku-Gunung Irau), Trans Batu (Gunung Batu Putih-Gunung Batu Bujang-Gunung Kak-Gunung Batu Dara) dan Trans Slim yang masing-masing menetapkan tempoh minimum tiga hari pendakian.Selain itu, laluan Trans Titiwangsa V1 melibatkan Gunung Korbu, Gunung Gayong dan Gunung Yong Belar memerlukan tempoh minimum lima hari, manakala laluan Trans Beratih yang merangkumi Bukit Berapit, Gunung Rayu dan Gunung Batu Putih ditetapkan selama empat hari.Jabatan Perhutanan Negeri Perak memaklumkan senarai laluan berisiko itu akan dikemas kini dari semasa ke semasa berdasarkan penilaian jabatan.Menurut notis sama, kegagalan mematuhi arahan tersebut boleh menyebabkan ID Malim Gunung Perhutanan (MGP) yang terlibat dibekukan serta disenarai hitam sebagai MGP Negeri Perak berkuat kuasa serta-merta.Tindakan itu boleh dikenakan bagi tempoh enam bulan atau lebih tertakluk kepada kesesuaian dan pertimbangan pihak jabatan.Larangan tersebut dilihat sebagai langkah proaktif bagi mengurangkan risiko kemalangan serta insiden kecemasan di kawasan pendakian yang mempunyai tahap kesukaran dan cabaran lebih tinggi.Pada 4 Mei lalu, media melaporkan, laluan pendakian di kawasan Gunung Batu Putih ditutup sementara kepada orang awam bagi memberi laluan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang masih diteruskan dalam skala kecil.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, penutupan itu dimaklumkan oleh Jabatan Perhutanan Perak bagi mengelakkan sebarang risiko keselamatan.Jaslinda dilaporkan menyertai pendakian Trans Spencer Chapman bersama 13 individu lain dan dua malim gunung bermula jam 2 pagi, 23 Mei lalu melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.Mangsa bersama seorang lagi pendaki, Mohd Hanafi Neikmad, 41, mengalami masalah kesihatan dan berhenti daripada kumpulan tersebut.Bagaimanapun, Jaslinda dilaporkan meneruskan perjalanan seorang diri ke puncak gunung sebelum kali terakhir dilihat oleh malim gunung pada jam 7.30 pagi pada 24 Mei....

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description