Amanz
1 hour ago

Seperti Gemini di telefon, tablet, jam dan komputer, Gemini di Google Home Speaker boleh menjawab pelbagai persoalan secara berterusan. Menerusi integrasi Google Home, Thread dan Matter, ia boleh mengawal pelbagai peranti berhubung IoT yang dimiliki.
Ia hanya dilengkapi satu pemandu audio 58 mm yang melontar audio secara 360 darjah, 3 mikrofon jarak jauh untuk mendengar arahan pengguna. Mikrofon boleh dibisukan menerusi satu butang fizikal di bahagian bawah. Apabila sedang berinteraksi dengan pengguna, gelang lampu pada bahagian tapak akan menyala.

Sepasang Google Home Speaker boleh dipadankan untuk menghasilkan audio studio. Ia turut serasi digunakan dengan speaker Google Nest yang dilancarkan sebelum ini. Ia turut serasi digunakan dengan peranti Android dan iOS.
Speaker turut menggunakan pemproses empat teras CPU Cortex- A55 2.0 GHz dengan NPU, memori 1GB LPDDF4 dan storan 4GB eMMC. Google Home Speaker adalah setinggi 3.4″ dan berdiameter 4.2″. Sambungan kuasa adalah menerusi kabel USB-C. Ia dijual pada harga $99.99 (~RM 407) dalam warna Jade, Porcelain, Hazel dan Porcelain.
]]>...Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free

