Tak Perlu Slip Gaji Fizikal, Bank Digital Ini Boleh Luluskan Pinjaman Dalam Beberapa Minit Sahaja
1 day ago
Tak Perlu Slip Gaji Fizikal, Bank Digital Ini Boleh Luluskan Pinjaman Dalam Beberapa Minit Sahaja. Pernahkah anda tersangkut dalam dilema kewangan apabila musim perayaan datang berturut-turut? Bagi kita di Sabah dan Sarawak, keunikan budaya bermakna sambutan Hari Raya Aidilfitri, Pesta Kaamatan, dan Hari Gawai sering kali dirai hampir serentak. Apabila perayaan besar ini disambut rapat-rapat, bajet bulanan mula sesak, dan jurang hari gaji (Pay Day Gaps) menjadi musuh utama yang paling digeruni.
Bayangkan situasi ini: kereta tiba-tiba rosak sebelum sempat memulakan perjalanan road trip balik kampung merentasi Lebuhraya Pan Borneo, atau bajet ubah suai rumah untuk menyambut tetamu tiba-tiba lari daripada perancangan asal. Nak buat pinjaman bank pula, lazimnya memerlukan anda untuk menunggu dalam masa 5 hingga 10 hari bekerja. Hidup tidak pernah menunggu, jadi mengapa sistem perbankan lama masih mahu kita bermain “Waiting Game” yang meletihkan?
Tak Perlu Slip Gaji Fizikal, Bank Digital Ini Boleh Luluskan Pinjaman Dalam Beberapa Minit Sahaja. Gambar janaan AI, untuk tujuan ilustrasi sahaja Sistem Bank Tradisional Menjadi Urusan Leceh Buat Pekerja Moden Bagi golongan pekerja moden hari ini , sama ada graduan muda yang baru memulakan kerjaya, pekerja gig, freelancer, mahupun usahawan kecil, berurusan dengan sistem perbankan tradisional adalah sesuatu yang leceh, banyak prosedur dan tidak fleksibel. Mereka bekerja keras demi masa depan, tetapi apabila memerlukan bantuan aliran tunai segera, mereka sering tersangkut di sebalik kerenah birokrasi dan syarat dokumen fizikal yang rumit.
Sistem perbankan kebanyakannya direka untuk kelompok yang mempunyai slip gaji tetap, sekali gus menyukarkan mereka yang mempunyai profil pendapatan bukan tradisional. Seiring dengan perubahan landskap pekerjaan masa kini, ]]>...
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free

