9,515 etnik Rohingya dikesan sekitar Hulu Langat - Amirudin

1 hour ago

9,515 etnik Rohingya dikesan sekitar Hulu Langat - Amirudin
SHAH ALAM - Seramai 9,515 pelarian etnik Rohingya dikesan dalam taburan penempatan di keseluruhan Hulu Langat melibatkan beberapa kawasan seperti Beranang, Kajang, Ampang dan Cheras.Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata, taburan penempatan etnik itu juga dilihat menaik dari luar ke kawasan bandar berdasarkan pengemaskinian maklumat setakat Julai lalu.Beliau berkata, kawasan luar bandar seperti di Beranang hanya menempatkan etnik itu antara 20 hingga 30 orang dan jumlahnya tidak begitu besar."Apabila masuk di perbandaran seperti Kajang, jumlahnya meningkat sehingga ratusan orang seperti di Kampung Sungai Sikamat ada 400 orang, tetapi di kawasan-kawasan tertentu seperti Taman Kantan Permai hanya sekitar 50 orang."Jumlah ini bertambah lagi apabila melihat kawasan bandar lain seperti di Cheras, kehadiran di sesuatu kawasan itu di antara 200 hingga 300."Di Ampang, jumlah mereka berlipat kali ganda mencecah ribuan orang seperti di Tasik Tambahan hampir 2,000 orang, manakala di Pandan Mewah hampir 1,500 orang dan tempat seperti Bandar Baru Ampang, Kosas dan sebagainya sekitar 300 orang," katanya dalam sesi soal jawab pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini pada Isnin.Terdahulu, beliau menjawab pertanyaan Datuk Johan Abd Aziz (Dusun Tua-BN) berhubung masalah pendatang tanpa izin (PATI) dan etnik itu di daerah tersebut.Amirudin memberitahu, ketika ini kerajaan negeri melaksanakan tindakan secara bersepadu dengan agensi penguatkuasaan terutama dari Kerajaan Persekutuan apabila melibatkan penyelesaian yang kompleks dengan penguatkuasaan pelbagai undang-undang."Kerajaan negeri menyedari isu PATI termasuk komuniti pelarian merupakan isu yang kompleks melibatkan pelbagai bidang kuasa."Oleh itu, kerjasama erat antara negeri, agensi persekutuan, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan agensi penguatkuasaan di peringkat daerah harus terus diperkukuhkan."Kerajaan negeri akan terus memastikan pendekatan dilaksanakan mengambil aspek penguatkuasaan, keselamatan, ketenteraman awam dan penempatan PATI di Hulu Langat akan ditangani secara teratur dan berkesan," tambah beliau. ...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description