Iran hukum mati dua individu didakwa jadi perisik Israel

1 hour ago

Iran hukum mati dua individu didakwa jadi perisik Israel
TEHERAN – Iran pada Isnin melaksanakan hukuman mati terhadap dua rakyatnya yang didakwa menjadi perisik dan bekerjasama dengan Israel dengan menyalurkan maklumat sensitif berkaitan ketenteraan serta keselamatan negara.Menurut laporan media kerajaan Iran, Omid Behzad dan Pouria Safvat didakwa menghantar koordinat lokasi ketenteraan dan keselamatan, selain gambar serta maklumat risikan kepada Israel ketika konflik bersenjata tahun lalu dan perang yang sedang berlangsung.Pelaksanaan hukuman itu dibuat ketika Iran dilaporkan meningkatkan tindakan tegas terhadap individu yang dituduh melakukan kesalahan berkaitan keselamatan negara.Keadaan di Iran sebelum ini tegang selepas negara itu berdepan gelombang protes besar pada Januari, diikuti serangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel yang bermula pada 28 Februari.Pada Mac lalu, satu sumber yang mengetahui strategi ketenteraan Israel memberitahu Reuters bahawa beberapa sasaran melibatkan anggota Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) dipilih berdasarkan maklumat daripada pemberi maklumat di dalam Iran.Sementara itu, Human Rights Watch melaporkan pada 24 Julai lalu bahawa sekurang-kurangnya 50 individu telah dihukum mati di Iran dalam tempoh empat bulan atas tuduhan berkaitan keselamatan negara, termasuk beberapa remaja berusia 18 dan 19 tahun.Misi tetap Iran di Geneva tidak memberikan sebarang maklum balas terhadap permintaan Reuters, namun Teheran sebelum ini menafikan dakwaan berhubung pencabulan hak tahanan.Dalam perkembangan berasingan, Presiden AS, Donald Trump, memaklumkan rundingan baharu dengan Iran dijadual berlangsung pada Isnin.Bagaimanapun, jurucakap Kementerian Luar Iran, Esmail Baghaei, menegaskan tiada sebarang rundingan dengan AS sedang berlangsung ketika ini. – Agensi...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description