Nauru tukar nama rasmi kepada Republik Naoero

1 hour ago

Nauru tukar nama rasmi kepada Republik Naoero
SYDNEY - Negara kepulauan Pasifik, Nauru secara rasmi menukar namanya kepada Republik Naoero selaras dengan ejaan dan sebutan dalam bahasa kebangsaan negara itu, lapor The Guardian pada Isnin.Kod antarabangsa negara itu turut ditukar daripada NRU kepada NRO, manakala rakyatnya kini dikenali sebagai dei-Naoero menggantikan gelaran Nauruan.Di peringkat antarabangsa, nama Nauru lazimnya disebut sebagai Now-roo, namun nama baharu Naoero disebut sebagai Now-ero.Presiden David Adeang berkata, ketika membentangkan cadangan itu di Parlimen pada Januari lalu bahawa perubahan berkenaan bertujuan menghormati warisan, bahasa dan identiti negara dengan lebih tepat.Adeang menyifatkan pertukaran nama itu sebagai permulaan kepada pembaharuan semangat kebanggaan nasional.Menurutnya, nama Naoero tidak pernah hilang daripada identiti rakyat kerana ia telah lama digunakan dalam masyarakat, tertera pada lambang negara dan dibenarkan oleh perlembagaan.Langkah itu menjadikan Naoero negara terbaharu yang menukar nama bagi menjauhkan diri daripada legasi penjajahan.Dengan kira-kira 12,000 penduduk, negara itu merupakan negara ketiga paling kecil di dunia dari segi jumlah penduduk selepas Tuvalu dan Vatican City.Pulau atol batu kapur karang itu pernah dijajah Jerman sebelum ditadbir Australia dan memperoleh kemerdekaan sebagai sebuah republik pada 1968.Negara itu pernah menikmati kekayaan hasil perlombongan fosfat pada era 1970-an, namun kejatuhan industri tersebut menyebabkan ekonominya hampir musnah pada 1990-an.Laman web PBB kini telah merekodkan negara tersebut sebagai Naoero selepas kerajaan mengemukakan permohonan rasmi pada Jun lalu.Kementerian luar Australia dan New Zealand serta kedutaan Amerika Syarikat dan China di rantau itu turut menggunakan nama Naoero di laman web rasmi masing-masing....

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description