Budak 5 tahun tertelan jongkong emas

1 hour ago

Budak 5 tahun tertelan jongkong emas
BEIJING - Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun di utara China terpaksa mendapatkan rawatan selepas secara tidak sengaja menelan jongkong emas seberat 50 gram (g) ketika bermain di rumah.Kejadian itu dilaporkan menarik perhatian selepas Hospital Kanak-kanak Beijing yang mempunyai hubungan rasmi dengan Capital Medical University memaklumkan kanak-kanak berkenaan menerima rawatan pada 16 Ogos lalu.Menurut laporan South China Morning Post (SCMP), jongkong emas yang ditelan kanak-kanak itu berukuran kira-kira empat sentimeter (cm) dan berada di dalam perutnya selama kira-kira enam jam sebelum dia dibawa mendapatkan rawatan.Pemeriksaan sinar-X mengesahkan jongkong berkenaan masih berada di dalam perut dan perlu dikeluarkan segera bagi mengelakkan komplikasi.Pihak hospital menjelaskan objek itu berisiko menyebabkan masalah kerana sifatnya yang keras, padat dan mempunyai permukaan licin, sekali gus berpotensi tersangkut dalam saluran penghadaman.Jika tidak dikeluarkan, jongkong tersebut boleh mencederakan atau menggores dinding perut serta meningkatkan risiko komplikasi serius, termasuk kebocoran organ dan pendarahan.Kanak-kanak itu dilaporkan dibawa keluarganya ke beberapa klinik selepas kejadian, namun kemudahan endoskopi kecemasan untuk mengeluarkan objek asing tidak tersedia di klinik berkenaan.Doktor kemudian melakukan prosedur endoskopi intraoperasi dan mendapati jongkong emas itu berada dalam rongga gastrik yang sempit.Prosedur tersebut memerlukan ketelitian tinggi bagi mengelakkan kecederaan pada dinding saluran penghadaman.Pasukan perubatan menggunakan alat jerat untuk mencengkam jongkong berkenaan sebelum mengeluarkannya secara perlahan-lahan bagi mengurangkan risiko kecederaan pada organ di sekeliling.Jongkong emas itu berjaya dikeluarkan dalam tempoh beberapa minit dan kanak-kanak terbabit kini berada dalam keadaan stabil serta menjalani proses pemulihan.Pihak hospital dan pakar perubatan mengingatkan ibu bapa supaya sentiasa mengawasi anak-anak serta segera mendapatkan rawatan di hospital sekiranya mereka tertelan objek asing.Mereka turut menasihati ibu bapa supaya tidak mencuba petua tradisional seperti memberikan cuka atau menyuruh kanak-kanak menelan gumpalan nasi....

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description