Kanvas Ismail Hyatt hiasi Istana Negara, tembusi muzium Eropah

1 hour ago

Kanvas Ismail Hyatt hiasi Istana Negara, tembusi muzium Eropah
KUANTAN - Tetap bertenaga pada usia 69 tahun, siapa sangka anak jati Temerloh ini antara pelukis veteran negara yang mana hasil seninya bukan sahaja menghiasi dinding istana tanah air, malah menembusi muzium di benua Eropah.Ismail Hussein atau lebih dikenali dengan nama pena Ismail Hyatt berkata, antara hasil seni pernah dihasilkannya ialah potret Raja Johor yang ditempatkan di Istana Raja Johor.Menurutnya, potret Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang dihasilkan turut menghiasi Istana Negara sewaktu baginda bertakhta sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16."Saya banyak tumpu pada lukisan termasuk potret diraja dan tokoh-tokoh sebab di situlah letaknya kepuasan dan cabaran paling tinggi sebagai pelukis."Bila lukisan dapat menghiasi dinding istana atau mana-mana tempat, ia satu penghormatan yang sangat besar buat saya," katanya kepada Sinar Ahad.Selain karya berunsur potret, bapa kepada tiga anak itu turut menghasilkan lukisan berkaitan peperangan di Somalia yang dipamerkan di Muzium Angkatan Tentera.Jelasnya, karya potret Mother Teresa pula dipilih menjadi koleksi tetap muzium di Belgium."Bila karya kita dipamerkan di sana, rasa bangga itu tak boleh diungkapkan sebab seni dari anak tempatan dapat diiktiraf di Eropah."Lukisan itu agak istimewa sebab saya guna soft pastel, satu medium yang memerlukan ketelitian dan teknik kawalan yang tinggi dan ia dijual pada harga sekitar RM15,000," ujarnya.Sementara itu, sebuah lagi lukisannya pernah mencatat nilai jualan RM148,000 di Hotel Mikasa, Johor Bahru iaitu jualan termahal pernah direkodkannya.Berkongsi mengenai penglibatannya dalam bidang seni, Ismail mengakui meminati seni lukis sejak kecil sebelum bergiat secara aktif pada awal 1970-an.Dia bagaimanapun mula dikenali pada era 1980-an selepas diberi peluang membuka galeri seni sendiri di Hotel Hyatt, Teluk Cempedak di sini pada ketika itu.Katanya, tumpuan lebih diberikan kepada penghasilan lukisan potret berbanding landskap kerana bidang tersebut menuntut ketelitian serta cabaran yang lebih tinggi."Saya lebih suka potret sebab ia lebih mencabar daripada landskap dan kalau landskap ini kita bebas serta cantiklah."Tapi potret tidak, cabarannya lebih tinggi, maknanya kalau kita buat gambar seseorang, karakter muka itu kena sama. Itulah cabaran seni potret," ujarnya.Beralih kepada pilihan medium karya, Ismail menjelaskan dia lebih selesa menggunakan cat minyak berbanding warna air dan akrilik.Menurutnya, cat minyak memberikan kesan visual tiga dimensi yang lebih ketara, tahan terhadap perubahan cuaca, serta lebih mudah dijaga."Cat minyak ini kalau kotor atau berhabuk, kita boleh basuh dengan air. Itu kelebihannya dan lukisan tetap elok serta tak rosak," ujar beliau.Walaupun sudah lima dekad melukis, Ismail menganggap proses belajar dalam bidang seni tidak pernah berhenti kerana dia masih mencari teknik baharu untuk memperhalusi karyanya."Sampai sekarang pun saya masih pening kepala. Kadang-kadang nak siapkan sesuatu gambar itu boleh jadi tekanan juga," selorohnya.EvolusiIsmail mengakui menyaksikan evolusi penerimaan masyarakat tempatan terhadap seni visual, terutamanya dari sudut ekonomi dan sara hidup pelukis.Menurutnya, situasi pada era 1960-an hingga 1980-an amat berbeza kerana penggiat seni ketika itu berdepan kesukaran menjadikan bidang berkenaan sebagai mata pencarian utama."Melukis boleh cari makan tak? Ya, sekarang dah memang boleh cari makan, tapi kalau awal tahun 60-an, 70-an, 80-an susah sikit sebab orang kita ini tak berapa menghargai seni lukis."Sekarang memang boleh dan dari tahun 1987 sehingga 2010 sebelum Covid-19, tempahan di galeri saya memang bertindih-tindih, ada kalanya sampai empat hari empat malam tidak tidur nak menyiapkan lukisan," katanya.Dia turut menasihati pelukis muda supaya rajin mempromosikan kebolehan diri dan menganggotai persatuan seni bagi membuka ruang pasaran yang lebih luas."Melukis ini dia perlukan kesabaran dan teruskan melukis jangan berhenti, kalau kita berhenti melukis dia jadi terbantut," jelasnya....

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description