Insiden Virgo Transport 8: 103 diselamatkan setakat tengah hari, seorang dilaporkan maut

1 hour ago

Insiden Virgo Transport 8: 103 diselamatkan setakat tengah hari, seorang dilaporkan maut
JAKARTA - Seramai 103 daripada 243 orang yang berada di atas kapal penumpang Virgo Transport 8, yang terputus hubungan di Laut Jawa awal Ahad, berjaya diselamatkan, manakala seorang dilaporkan maut.Ketua Pejabat Mencari dan Menyelamat (SAR) Banjarmasin I Putu Sudayana berkata operasi menyelamat dilakukan dengan menggunakan tiga kapal yang terlibat dalam operasi pencarian, manakala usaha diteruskan bagi mengesan mereka yang masih belum ditemukan."Setakat 12 tengah hari, kami telah menjalankan usaha mencari mangsa semaksimum mungkin dan penumpang berjaya diselamatkan oleh pasukan di lokasi."Kami boleh mengesahkan kira-kira 103 penumpang telah diselamatkan," katanya pada sidang media di Banjarmasin pada Ahad yang disiarkan secara langsung oleh media tempatan.Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (Basarnas) menerima makluman mengenai kehilangan kapal itu pada 4.10 pagi selepas hubungan dengannya terputus kira-kira 2 pagi ketika cuaca buruk di Laut Jawa.Kapal penumpang itu berlepas dari Surabaya pada Sabtu menuju Banjarmasin. Kedudukan terakhirnya yang diketahui adalah kira-kira 80 batu nautika dari pangkalan SAR di Banjarmasin.Media tempatan yang memetik seorang pegawai pengendali pelabuhan milik kerajaan, Pelindo, melaporkan kapal itu mengalami kebocoran ketika cuaca buruk sebelum terbalik dan tenggelam. Basarnas masih belum mengesahkan keadaan kapal berkenaan.Mengenai operasi pencarian yang sedang dijalankan, Putu berkata ombak setinggi antara dua hingga 2.5 meter dilaporkan di kawasan pencarian, sekali gus mendatangkan risiko kepada kapal yang lebih kecil. Pasukan pencarian memberi keutamaan kepada penggunaan kapal lebih besar berikutan keadaan laut bergelora.Beliau berkata sebuah helikopter Basarnas turut dikerahkan bagi melakukan pencarian dari udara."Keadaan sangat berisiko, malah bagi kapal Basarnas kami yang berukuran kira-kira 40 meter panjang," katanya. - Bernama              ...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description