Harga minyak susut susulan usaha damai AS-Iran
1 hour ago
NEW YORK - Harga minyak susut mendadak pada Isnin selepas laporan media mengenai usaha diplomatik Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk menyelesaikan konflik dengan Iran mengurangkan kebimbangan terhadap kemungkinan berlakunya semula serangan ketenteraan AS dalam masa terdekat, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).Niaga hadapan minyak mentah Brent bagi penghantaran Januari turun kira-kira tiga peratus kepada AS$110 (RM447.78) bagi setiap tong standard industri 159 liter pada awal dagangan berbanding Jumaat.Kontrak Brent bagi bulan Disember telah tamat tempoh, menjadikan kontrak Januari sebagai kontrak niaga hadapan bulan terdekat.Kontrak Disember sebelum ini ditutup pada paras hampir AS$118 (RM480) setong pada Jumaat.Sementara itu, kumpulan pengeluar minyak OPEC+ pada hujung minggu bersetuju mengekalkan kuota pengeluaran tanpa perubahan bagi Disember.Kumpulan berkenaan telah membatalkan pemotongan pengeluaran sukarela terbaharunya pada September.Bagaimanapun, keputusan itu sebahagian besarnya bersifat simbolik memandangkan peperangan yang sedang berlaku di Iran.Pertempuran berterusan di Asia Barat, termasuk serangan di Laut Merah, terus mengancam eksport minyak dan kemudahan pengeluaran di seluruh rantau itu. - Bernama ...
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

