Siri Zara ketengahkan permainan tradisional
1 hour ago
SHAH ALAM - Permainan tradisional seperti batu seremban, layang-layang dan capteh kini diketengahkan dalam bentuk buku cerita bergambar sebagai pendekatan memperkenalkan semula warisan permainan itu kepada kanak-kanak.Editor Kids Karangkraf, Ismawannie Ismail berkata, usaha itu dilakukan menerusi buku terbaharu berjudul Permainan Mana Pilihan Zara?: Batu Seremban, Layang-layang atau Capteh? yang merupakan judul ketiga dalam Siri Zara.Menurutnya, dua judul terdahulu dalam siri berkenaan mengetengahkan warisan tempatan melalui makanan dan tekstil tradisional."Melalui Siri Zara, kami mahu memperkenalkan pelbagai perkara yang dekat dengan kehidupan kanak-kanak, termasuk budaya dan warisan tempatan."Siri Zara menggunakan watak seorang kanak-kanak perempuan yang gemar meneroka perkara baharu sebagai pendekatan untuk menyampaikan maklumat kepada pembaca cilik," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.Dua judul terdahulu ialah Mana Satu Pilihan Zara?: Batik, Songket atau Pelekat? dan Kuih Mana Pilihan Zara?: Onde-onde, Lopes atau Keria?Menerusi judul terbaharu berkenaan, pembaca diperkenalkan kepada tiga permainan tradisional melalui jalan cerita santai dan ilustrasi berwarna-warni.Selain Siri Zara, Kids Karangkraf turut memperkenalkan Kamus Eksplorasi yang menghimpunkan lebih 1,000 perkataan dalam bahasa Melayu, Inggeris dan Arab berserta tulisan Jawi.Kamus bergambar itu disusun mengikut 30 tema yang dekat dengan kehidupan seharian kanak-kanak bagi membantu mereka mengenali perkataan dan memahami maksudnya."Buku ini menghimpunkan perkataan dalam tiga bahasa bersama tulisan Jawi dan ilustrasi untuk memudahkan kanak-kanak mengenali serta memahami setiap perkataan," katanya.Bahan rujukan berkenaan turut merangkumi tema pendidikan Islam dan kenegaraan serta sesuai digunakan oleh kanak-kanak.Kedua-dua judul tersebut boleh didapati di Jualan Gudang Akhir Tahun Karangkraf 2026 yang berlangsung di Kompleks Karangkraf, Shah Alam, sehingga 9 November ini.Sepanjang jualan, pengunjung boleh mendapatkan kombo lima buku cerita bergambar pada harga RM35 dan RM45, selain pilihan buku kanak-kanak serendah RM1 serta diskaun bagi buku cerita dan buku aktiviti terpilih....
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

