VPM Memalukan, 'Takkan Nak Laung Allahuakbar Pun Tak Boleh?'

1 年前

VPM Memalukan, 'Takkan Nak Laung Allahuakbar Pun Tak Boleh?'

KUALA LUMPUR – Rumah sudah siap, tapi pahat masih berbunyi.

Acara Freedom For Palestine oleh Viva Palestina Malaysia (VPM) di ibu negara semalam berjaya menghimpunkan sejumlah besar rakyat, termasuk golongan selebriti dan pemimpin negara.

Tujuannya murni; mahu bersolidariti demi membela nasib Palestin dan rakyatnya yang berdepan kezaliman serta penindasan rejim Zionis.

Namun lain yang dicari, lain pula diperoleh.

Perhimpunan semalam katanya hanya gah pada nama, tetapi tidak pada pengisian dan impak ke atas peserta.

Pelbagai ‘syarat pelik’ dikenakan penganjur merencatkan suasana, malah ia turut dicemari dengan kata-kata kesat oleh Pengerusi VPM, Datuk Dr Musa Mohd Nordin yang melabel peserta berperangai seperti Zionis.

Walaupun menafikan ada mengeluarkan kenyataan seumpama itu, sebuah video dimuat naik di X oleh Syed Ziman membuktikan sebaliknya.

Tampil sebagai antara peserta, rakaman dimuat naik oleh Syed Ziman memperlihatkan Dr Musa dengan jelas melabel beberapa peserta sebagai berkelakuan seperti Zionis kerana melanggar syarat ditetapkan.

“Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh. Kami agak kecewa dengan beberapa individu di sebelah sana yang berperangai seperti Zionis-Zionis. Ini adalah budaya kita. Ini adalah perhimpunan awam. This is a peaceful rally.

“We don’t want issues here. If you have a very strong message, you can go ahead and do your own rally. We have no issues to that,” katanya.

Terdahulu jelas Syed Ziman, dia dan keluarga diarah menurunkan bendera Hamas dan Briged Al Qassam yang dibawa, manakala ada peserta lain diminta agar tidak menjulang sepanduk Benjamin Netanyahu.

VPM juga katanya, mengenakan pelbagai peraturan yang dianggap tidak masuk akal, termasuk melarang peserta melaungkan kalimah ‘Allahuakbar’.

“No chanting of ‘Allahuakbar i.e Allah Maha Besar – may cause racial discomfort & disharmony. (Tidak membenarkan laungan ‘Allahuakbar’ i.e Allah Maha Besar – boleh menimbulkan rasa tidak selesa dan tidak harmoni sesame kaum).

“Calling my own family & others i.e your fellow Muslims a Zionist for showing the truth of a war criminal. Utter disgrace. Shame on you & the organizer. (Melabel keluarga saya dan peserta lain i.e saudara seIslam Zionis kerana menunjukkan kebenaran tentang seorang penjenayah perang. Sangat memalukan),” ciapnya menerusi bebenang.

Tegas Syed Ziman, amat malang sekali apabila perhimpunan yang sepatutnya boleh digunakan untuk menonjolkan kesatuan umat Islam tidak berada di landasan sepatutnya.

“Malang sekali realitinya terpaksa ikut naratif media Barat. Sepatutnya gunakan platform sebegini untuk educate our beloved non-Muslim brothers and sisters about what is the real meaning of Allahuakbar – Allah Maha Besar – simbol kesatuan ummah berpegang pada prinsip keadilan,” katanya.

Januar Haikal menerusi platform sama pula berkata, dia sememangnya sudah merasakan ada yang tidak kena dengan perhimpunan berkenaan apabila peserta diarah diam sewaktu ucapan diberikan.

“Honestly memang dah rasa something wrong sebab MC asyik marah marah suruh diam waktu berucap dan memang ada another side yang chant dan bertakbir.

“It was an uncomfortable situation tapi tetap teruskan cuma we didn’t realize pasal poster Netanyahu kene rampas,” katanya. – Getaran, 23 Oktober 2023

...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Getaran ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description