Owner Homestay Di Wakaf Che Yeh Kantoi Rakam Video Wanita Dalam Tandas

3 个月前

Owner Homestay Di Wakaf Che Yeh Kantoi Rakam Video Wanita Dalam Tandas

Bila tiba musim cuti panjang atau cuti sekolah, sudah tentu ramai yang ingin keluar bercuti bersama keluarga. Hotel-hotel terkemuka sudah pasti mengenakan bayaran yang tinggi ataupun sudah penuh ditempah. Jadi homestay di sekitar lokasi percutian jadi pilihan.

Seorang wanita berkongsi pengalamannya apabila homestay yang dipilih untuk bermalam bertukar menjadi igauan ngeri buat dirinya.

Pengalaman buruk itu dimuatnaik di platform TikTok oleh . Wanita tersebut keluar bercuti bersama keluarga ke Kota Bharu, Kelantan. Dia tiba di homestay agak lewat kerana kesesakan jalan yang melampau. Setelah tiba, tiada sebarang insiden berlaku. Lalu, abang dan kakak iparnya ingin keluar sebentar ke Wakaf Che Yeh. Maka, tinggalah mangsa dan kedua ibu bapa sahaja di homestay pada malam itu.

Seperti kebiasaan, mangsa ingin menyegarkan diri lalu ke tandas untuk buang air kecil dan mandi. Namun, sebaik sahaja masuk ke dalam tandas, mangsa berasakan ada sesuatu tidak kena.

Berdasarkan gambar yang dimuatnaik, kelihatan sebuah telefon sedang cuba mengambil gambar atau merakam video mangsa melalui lubang tingkap tandas. Terkejut dengan apa yang berlaku, mangsa terus menghubungi abangya dan menceritakan apa yang berlaku. 

Suspek utama sudah tentu owner homestay sendiri kerana hanya mereka yang berada dekat di tempat kejadian. Abangnya bersemuka dengan owner tersebut namun tiada sebarang pengakuan dibuat.

Mangsa turut mendedahkan nama homestay tersebut. Setakat ini, laporan polis belum dibuat. Buat anda yang selalu keluar bercuti, periksa dahulu keadaan homestay mahupun bilik hotel yang telah ditempah. 

...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Rileklah ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description