JPN Kini Dalam Fasa Akhir Membangunkan MyKad Dengan Rekaan Dan Ciri-Ciri Baru
1 天前
Terkini, The Edge telah melaporkan bahawa pihak kerajaan kini sedang dalam proses untuk membangunkan teknologi untuk mengemaskini sistem MyKad sedia ada.
Perkara ini disahkan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah dalam sidang Dewan Rakyat hari ini. Beliau mengatakan bahawa kad pengenalan baru ini, apabila ia diperkenalkan kelak akan menggantikan MyKad sedia ada, dan diantara fungsi pentingnya ialah untuk mencegah penipuan identiti.
“Ia juga bagi membendung sebarang cubaan untuk memalsu dan menyalahgunakan MyKad yang menjadi dokumen penting bagi Malaysia,” katanya menjawab soalan Manndzri Nasib (BN-Tenggara) pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau mengatakan lagi bahawa untuk MyKad baru ini, ia akan hadir dengan rekaan baru, termasuklah penggunaan bahan polkarbonat baru, penggunaan hologram dan ukiran laser dan storan tambahan supaya MyKad ini boleh digunakan untuk menyimpan lebih banyak data dan juga untuk tujuan sekuriti tambahan yang terbina.
Dengan ini, ia juga dijangka akan membantu dalam mengurangkan insiden pemalsuan kad pengenalan. Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Badrul Hisham Alias juga sebelum ini dilaporkan berkata, semua fungsi MyKad lama akan dimansuhkan sebaik MyKad generasi baharu diperkenalkan juga bagi mengatasi isu pemalsuan kad identiti kewarganegaraan.
Bercakap mengenai kos untuk menggantikan MyKad lama dengan versi yang baharu, Datuk Seri Dr Shamsul juga mengatakan bahawa pihak JPN kini sedang menjalankan kajian pasaran untuk memastikan pelaksanaan MyKad baharu ini memenuhi nilai faedah terbaik supaya tidak membebankan rakyat dan juga kerajaan.
]]>...Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free