Kelantan mohon RM500 juta untuk sistem pembetungan
20 小时前
KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan akan memohon peruntukan RM500 juta daripada Persekutuan bagi menyediakan sistem pembetungan yang lebih sistematik dan efisien di negeri ini.
Exco Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar Kelantan, Datuk Dr Izani Husin, berkata, permohonan itu akan dibuat melalui Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) yang dijangka dibentangkan di Parlimen pada suku ketiga 2025.
Menurut beliau, perancangan yang digariskan dalam Rancangan Struktur Negeri 2040 adalah membina sistem pembetungan berpusat di Bandar Baru Tunjong dengan kapasiti 140,000 kesetaraan penduduk (PE).
“Sebelum ini, untuk merealisasikan perancangan itu, Kerajaan Negeri Kelantan memohon peruntukan sebanyak RM500 juta dari Kerajaan Pusat melalui RMK11.
“Peruntukan ini diluluskan melalui Pelan Pusingan Kedua (RP2), RMK-11 sebagai pinjaman dan ditukar kepada geran pada tahun 2017, namun, kelulusan projek ditarik balik pada tahun 2018 selepas Pilihan Raya Umum ke-4,” katanya pada Persidangan kali ketiga Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan ke-15 di Kompleks Kota Darulnaim di sini pada Khamis.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan ADUN Norsham Sulaiman (Pas-Semerak) berhubung status terkini projek pembinaan loji rawatan kumbahan berpusat oleh Indah Water Konsortium (IWK) bagi merealisasikan peralihan daripada penggunaan sistem tangki septik individu.
Izani berkata, menyedari kepentingan projek tersebut untuk negeri Kelantan, kerajaan itu meneruskan permohonan peruntukan melalui RP1, RP2, dan RP4 dalam RMK12.
“Walau bagaimanapun, permohonan sentiasa ditolak.
“Permohonan akan diteruskan lagi dalam RMK13,” katanya.
Beliau menambah setakat ini, negeri Kelantan masih belum mempunyai sistem pembetungan awam yang berpusat.
“Kebanyakan penduduk di negeri ini masih bergantung kepada tangki septik individu dan sistem yang tidak standard menyebabkan air kumbahan boleh mencemari alam sekitar dan sumber air bawah tanah....
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️