ICC keluar waran tangkap ke atas Netanyahu, Gallant

21 小时前

ICC keluar waran tangkap ke atas Netanyahu, Gallant
THE HAGUE - Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) pada Khamis mengeluarkan waran tangkap ke atas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan, Yoav Gallant. "Kedua-duanya didapati melakukan jenayah kemanusiaan dan jenayah perang sejak 8 Oktober 2023 hingga 20 Mei 2024 iaitu hari pihak pendakwaan memfailkan permohonan waran tangkap ke atas mereka," ujar tribunal berpusat di The Hague itu dalam satu kenyataan. Waran tangkap itu diklasifikasikan sebagai 'sulit' untuk melindungi saksi dan proses siasatan. "ICC memutuskan untuk mengumumkan perkara tersebut berikutan jenayah dilakukan mereka masih berterusan. Waran tangkap ini dikeluarkan demi kepentingan mangsa dan keluarga mereka," jelasnya lagi. Difahamkan, Ketua Pendakwa Raya ICC, Karim Khan telah membuat permohonan waran tangkap ke atas Netanyahu dan Gallant pada Mei lalu. Pemimpin 'ekstremis' itu bagaimanapun memecat Gallant pada 5 November lalu. Pengumuman itu dibuat sehari selepas Amerika Syarikat (AS) buat kali keempat memveto draf resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) yang menuntut pelaksanaan gencatan senjata di Genting Gaza. - AFP...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description