SUV Proton Terbaik: Perbezaan Proton X50 dan X70 - Insights | Carlist.my
5 天前
Anda ingin tahu apakah perbezaan Proton X50 dan X70? Berikut beberapa perkara penting seperti perbezaan harga, interior, enjin dan lain-lain.
Proton adalah jenama kereta yang sangat dikenali dan menjadi kebanggaan rakyat Malaysia. Proton juga telah mengeluarkan beberapa model kereta SUV dan antara yang menjadi perbualan hangat di Malaysia adalah Proton X50 dan Proton X70. Jadi mesti anda tertanya-tanya, apakah beza X50 dan X70? Berikut merupakan perbezaan X50 dan X70 dari pelbagai aspek.
1. Reka Bentuk dan PenampilanProton X50: Menonjolkan reka bentuk sporty dan moden yang menjadi pilihan orang muda sekarang. Ia juga mempunyai tayar 18-inci dan lampu depan LED dengan reka bentuk projektor. Proton X50 juga dilengkapi grill hadapan dengan jalur merah yang menambahkan lagi nilai sporty. Bumbung yang mempunyai 4 tona warna serta mempunyai 4 ekzos yang menonjolkan lagi reka bentuk sporty dan moden yang menjadi pilihan golongan muda.
Proton X70: X70 mempunyai bentuk yang lebih elegan dan lebih besar. Ini kerana kereta ini adalah untuk menarik minat mereka yang mencari keselesaan dan ruangan yang lebih besar seperti pemandu yang berkeluarga. Ia juga menampilkan reka bentuk yang matang dan klasik tetapi tidak memiliki elemen sporty seperti X50.
Berikut merupakan beberapa pecahan yang memfokuskan reka interior Proton X50, interior Proton X70 dan keselesaannya:
Proton X50
Proton X70
Ruang Kabin
- Cukup untuk penggunaan harian
- Ruang yang lebih luas, sesuai untuk keluarga
Ruang Boot
- 330 liter
- 512 liter
Kelengkapan dan Teknologi
- Sistem infotainment 10.25 inci
- GKUI 19
- Skrin 8 inci
- Sistem audio (9 pembesar suara dan subwoofer)
2. Prestasi dan PemanduanAnda juga mesti ingin tahu apakah perbezaan prestasi dan pemanduan kereta Proton X50 vs X70. Berikut merupakan beberapa perbezaan penting yang membezakan antara X50 dan X70:
Proton X50
Proton X70
Enjin dan Transmisi
- Enjin Proton X50: Enjin 1.5 liter turbo tiga-silinder
- 7-DCT transmisi
- Enjin Proton X70: Enjin1.8 liter turbo empat-silinder
- 7-DCT transmisi
Suspensi dan Pengendalian
- Kurang stabil di jalan berbonggol pada kelajuan tinggi
- Lebih stabil di jalan raya, terutama di lebuhraya
Kelebihan Pemanduan
- Cruise Control
- Park Assist
- Lane Keeping Assist
- Auto Park Assist
- Cruise Control
- Park Assist
3. Perbandingan HargaX50: Harga Proton X50 bermula dari RM 79,200 untuk varian Standard 1.5T dan boleh mencecah sehingga RM 103,300 untuk varian Premium.
X70: Manakala, harga Proton X70 bermula dari RM 89,900 sehingga RM 115,800 yang mana menawarkan ruangan yang lebih besar dan selesa.
Kedua-duanya mempunyai kelebihan dan ciri-ciri tersendiri. Kelebihan Proton X50 adalah ia menawarkan harga yang lebih rendah berbanding Proton X70. Manakala, Kelebihan Proton X70 pula adalah menawarkan ruangan yang lebih besar yang menjadikan kereta ini bersesuaian bagi yang berkeluarga. Bagi memilih kereta sama ada kereta Proton X50 atau X70, anda perlu membuat pilihan dengan memikirkan tahap keperluan anda.
Anda boleh mencari kereta .
...
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free