Perbezaan Honda City dan Toyota Vios - Harga, Spesifikasi dan Ciri-ciri - Insights | Carlist.my
4 天前
Honda City dan Toyota Vios menjadi perbualan hangat di kalangan orang muda. Ketahui perbezaan antara kereta Honda City dan Toyota Vios sebelum membuat keputusan.
Honda City dan Toyota Vios menjadi tidak asing lagi di kalangan rakyat Malaysia. Model kereta ini sering menjadi perdebatan, manakah yang lebih baik sama ada City atau Vios? Jadi mari kita bincangkan beberapa perbezaan penting yang anda perlu tahu mengenai kedua-dua kereta ini.
1. Reka BentukHonda City: Mempunyai bentuk yang sporty dengan kemasan RS yang lebih menyerlah. Ia juga mempunyai wajah depan yang menonjol, profil sisi yang rata dan bumper belakang sporty. Reka bentuk ini menarik minat golongan muda yang inginkan gaya yang agresif dan moden.
Toyota Vios: Reka bentuk yang lebih simple tetapi diperkemaskan dengan kemasan GR Sport yang memberikan efek sporty dan elegan. Gril tirus, lampu trapezoidal LED dan spoiler hitam berkilat menambahkan lagi nilai sporty kereta ini. Kereta ini juga menggunakan rim 17 inci yang lebih besar yang menampilkan nilai agresif kereta ini.
Berikut merupakan beberapa pecahan interior Honda City dan interior Toyota Vios:
Honda City
Toyota Vios
Dashboard
- Material soft-touch
- Material plastik keras
Infotainment
- Skrin 8 inci
- Skrin 7 inci
Keselesaan
- 2 pembesar suara tambahan
- corong pendingin belakang
- Kamera 360°
2. Prestasi PemanduanSelain itu, anda juga perlu mengetahui apakah perbezaan prestasi pemanduan Honda City vs Toyota Vios. Ini supaya anda dapat mengenalpasti prestasi enjin dan sebagainya.
Honda City
Toyota Vios
Enjin
- Enjin Honda City: Enjin 1.5 liter i-VTEC dan motor elektrik 108 PS/253 Nm (Hybrid)
- Enjin Toyota Vios: Enjin 1.5 liter Dual VVT-i
Suspensi dan Pengendalian
- Pemanduan yang lancar dalam kelajuan tinggi dan lebih stabil
- Lebih stabil di jalan raya dengan kelajuan sederhana
Kelebihan Pemanduan
- Cruise Control
- Lane Keeping Assist
- Cruise Control
- Park Assist
3. Perbandingan Harga
Honda City: Harga Honda City bermula dari RM 105,950, menawarkan sistem hibrid eHEV dan infotainment yang lebih besar berbanding Toyota Vios.
Toyota Vios: Harga Toyota Vios lebih murah iaitu bermula dari RM 95,294 dan memberikan sistem keselamatan yang cukup lengkap dan berbaloi.
Honda City dan Toyota Vios mempunyai kebaikan dan ciri-ciri tertentu. Kelebihan Honda City adalah dengan harga yang lebih tinggi berbanding Toyota Vios, Honda City lebih mementingkan keselesaan semasa pemanduan kelajuan tinggi. Berbanding dengan kelebihan Toyota Vios adalah dengan ciri keselamatan yang lengkap dan prestasi yang berbaloi dengan harga yang lebih rendah berbanding Honda City. Walaubagaimanapun, pemilihan antara kereta untuk pilihan terbaik dan harga yang berpatutan.
...Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free