Scholz tiba di Magdeburg ketika bendera dikibarkan separuh tiang seluruh Jerman

1 天前

Scholz tiba di Magdeburg ketika bendera dikibarkan separuh tiang seluruh Jerman
MAGDEBURG (Jerman) - Canselor Jerman, Olaf Scholz bersama pegawai atasan lain, termasuk Menteri Dalam Negeri Nancy Faeser dan Menteri Kehakiman Volker Wissing, pada Sabtu melawat lokasi insiden rempuhan kereta yang meragut nyawa di pasar Krismas di Magdeburg, lapor agensi berita Jerman (dpa). Sekurang-kurangnya empat orang, termasuk seorang kanak-kanak, terkorban manakala 41 lagi cedera parah selepas sebuah kereta merempuh orang ramai pada petang Jumaat. Beberapa media melaporkan lebih 200 orang cedera dalam insiden itu. Suspek yang kini dalam tahanan polis, merupakan seorang doktor warga Arab Saudi yang tinggal dan bekerja di Bernburg, sebuah bandar di selatan Magdeburg, menurut pegawai. Scholz dan rombongannya terlebih dahulu bertemu dengan pegawai Kabinet serantau, termasuk Perdana Menteri Negeri Saxony-Anhalt, Reiner Haseloff. Faeser pada Sabtu pagi mengarahkan semua bendera di bangunan persekutuan dikibarkan separuh tiang di seluruh negara. Satu upacara peringatan akan diadakan di Katedral Magdeburg pada pukul 7 malam (1800 GMT). - Bernama ...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description