10 kejadian tsunami terbesar di dunia
1 天前
TSUNAMI adalah rangkaian gelombang laut yang mampu bergerak dengan kelajuan sehingga 900 kilometer perjam, kejadian ini disebabkan oleh gempa bumi yang terjadi di dasar laut.
Dalam sejarah, tercatat banyak peristiwa kejadian tsunami yang berlaku, antaranya yang paling diingati adalah kejadian di Aceh pada 26 Disember 2004 lalu.
Di sini kita menelusuri 10 kejadian tsunami yang mengejutkan dunia.
1. Tsunami Sumatera, Indonesia (2004)
Gempa bumi berkuatan 9.0 magnitud yang membawa kepada gelombang air laut setinggi 50 meter hampir melenyapkan bumi Aceh. Dilaporkan lebih 230,000 manusia meninggal dunia akibat kejadian itu.
Ia dicatatkan sebagai salah satu bencana alam terburuk dalam sejarah moden.
2. Tsunami Tohoku, Jepun (2011)
Pada 2011, gempa dasar laut berukuran 9.0 magnitud di timur laut Jepun telah mencetuskan tsunami yang menyebabkan kira-kira 20,000 orang maut dan hilang.
Bencana itu juga turut memberi kesan kepada tiga reaktor di loji nuklear Fukushima. Ia membawa kepada kemalangan nuklear paling serius sejak Chernobyl.
3. Tsunami Lisbon, Portugal (1755)
Tsunami yang berlaku pada 1 November 1755 itu bermula dengan kejadian gempa bumi sebesar 8.5 magnitud. Gempa itu membawa gelombang tsunami setinggi 30 meter di sepanjang pantai barat Portugal. Dilaporkan 100,000 manusia kehilangan nyawa.
4. Tsunami Krakatau, Indonesia (1883)
Letusan gunung berapi Krakatau pada 27 Ogos 1883 telah mencetuskan kejadian tsunami, malah kesannya turut dirasai sehingga ke Sri Lanka, India dan kawasan-kawasan lain, di pelbagai bahagian negara berdekatan. 40,000 manusia mati akibat kejadian tersebut.
5. Tsunami Nankaido, Jepun (1707)
Negara Jepun sememangnya sering dilanda gempa dan tsunami, pada 28 Oktober 1707 tsunami dicatatkan berlaku di Nankaido. Bermula dengan gempa berukuran 8.4 magnitud, kemudian kejadian tsunami berlaku disusuli dengan gelombang air laut setinggi 25 meter.
Kejadian itu menyebabkan 30,000 manusia meninggal dunia dan ratusan ribu bangunan rosak.
6. Tsunami Messina, Itali (1908)
Bermula dengan kejadian gempa bumi berukuran 7.5 magnitud yang melanda kawasan selat Messina. Ia sekali gus mencetuskan tsunami dengan gelombang setinggi 12 meter. Dilaporkan sekitar 100,000 manusia telah meninggal dunia akibat kejadian itu.
7. Tsunami Valdivia, Chile (1960)
Kejadian gempa bumi antara yang terbesar di dunia yang pernah dicatatkan iaitu 9.5 magnitud itu menyebabkan berlakunya tsunami yang telah menyebabkan 6,000 orang maut.
8. Tsunami Ryuku, Jepun (1771)
Berlaku pada 24 April 1711, gempa berkekuatan 7.4 magnitud itu telah menyebabkan tsunami, sekitar 12,000 manusia meninggal dunia.
9. Tsunami Peru 1868
Kejadian gempa pada 13 Ogos 1868 dengan kekuatan 8.5 magnitud telah mencetuskan kejadian tsunami di sekitar pantai Arica, dilaporkan 25,000 manusia meninggal dunia.
10. Tsunami Sanriku, Jepun (1896)
Setelah gempa bumi berlaku di pantai Sanriku pada 15 Jun 1896 terjadilah tsunami yang mencatat gelombang ketinggian laut setinggi 38.2 meter.
Kejadian itu merosakkan 11,000 rumah dan sekitar 22,000 manusia meninggal dunia. - Agensi
...
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️