18 polis Indonesia ditahan lakukan pemerasan terhadap rakyat Malaysia

1 天前

18 polis Indonesia ditahan lakukan pemerasan terhadap rakyat Malaysia
JAKARTA - Polis Pusat Indonesia menahan 18 pegawai polis yang disyaki terlibat dalam kes pemerasan terhadap warga Malaysia yang menghadiri festival muzik Djakarta Warehouse Project (DWP) pada 15 Disember lalu. Kesemua anggota yang terlibat terdiri daripada pelbagai unit anggota iaitu Polis Wilayah Metropolitan Jakarta, Polis Daerah Metropolitan Jakarta Pusat dan Balai Polis Metropolitan Kemayoran, lapor Detik.com. Mereka kini telah ditahan oleh pasukan gabungan dari Divisyen Profesionalisme dan Pengawasan (Propam) Markas Besar Polis Republik Indonesia serta Direktorat Propam Polis Wilayah Metropolitan Jakarta. Menurut laporan, semasa persembahan itu, seorang penonton warganegara Malaysia telah ditarik dan pasportnya dirampas oleh beberapa anggota polis. "Ketika itulah, pemerasan berlaku apabila rakan mangsa terpaksa menyerahkan sejumlah wang untuk mendapatkan semula pasport yang dirampas,” kata Ketua Biro Penerangan Awam Divisyen Perhubungan Awam Polis Republik Indonesia, Brigedier Jeneral Polis Trunoyudo Wisnu Andiko, seperti yang dilaporkan oleh Tribunnews, pada Jumaat Kes itu mencemarkan imej pasukan keselamatan Indonesia, lebih-lebih lagi kerana ia melibatkan warganegara asing yang merupakan pelancong. Siasatan menyeluruh sedang dijalankan oleh Propam Polis Republik Indonesia bagi menentukan tindakan disiplin atau undang-undang yang wajar terhadap pelaku. - Agensi...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description