Sokongan Multi-Modal Pada Google Gemini Live Kini Boleh Diakses Pengguna Pixel 9

2 天前

Sokongan Multi-Modal Pada Google Gemini Live Kini Boleh Diakses Pengguna Pixel 9
Semasa Samsung melancarkan siri Galaxy S25, Google turut telah mengemaskini chatbot AI mereka iaitu Gemini. Gemini Live kini menyokong multi-modal, di mana pengguna boleh kepilkan fail PDF, imej atau pautan video YouTube untuk tanya dan berbual bersama Gemini mengenainya.

Ciri ini kali pertama diedarkan kepada pengguna Galaxy S25, Galaxy S25+ dan Galaxy S25 Ultra. Kemudian Pixel 9 mula menyokong Gemini Live dengan boleh mengepilkan imej. Terbaru, ia menyokong fail PDF dan YouTube. Untuk fail PDF, ia hanya berfungsi jika pengguna membuka fail dengan aplikasi Files by Google. Sementara untuk imej, seru sahaja Gemini dan boleh tambah imej untuk kemudian sambung berbual.

Akhir sekali untuk video YouTube, ia hanya menyokong video berbahasa Inggeris atau video yang boleh menjana transkrip teks bahasa Inggeris. Video bahasa Melayu seperti di saluran YouTube Amanz masih tidak boleh digunakan.

Dalam percubaan saya, tanya mengenai imej agak menarik dan ia boleh melihat banyak butiran yang saya terlepas pandang. Untuk video, agak menarik yang video panjang lebih 10 minit dengan sekelip mata Gemini boleh jawab pelbagai soalan termasuk butiran mengenai hos. Untuk PDF, ia masih tidak muncul pada peranti saya tetapi sebelum ini – ia adalah sama seakan memuat naik fail ke dalam chatbot Gemini cuma kini adalah dalam mod perbualan berbanding menjana teks.

Ciri ini sudah boleh digunakan pada kesemua peranti Galaxy S25. Selepas kesemua Pixel 9 menerimanya, Galaxy S24 adalah yang seterusnya akan menerima ciri ini.

]]>...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Amanz ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description