DeepSeek Memecahkan Ilusi Disebalik Pembangunan Teknologi Kecerdasan Buatan
2 天前
Dilancarkan hanya sekitar seminggu yang lalu, DeepSeek R1 dilihat telah menakluki pasaran aplikasi AI di Android dan iOS, mengatasi ChatGPT sebagai aplikasi chatbot AI yang paling popular sekarang.
Lebih menarik lagi ialah berbanding model bahasaraya lain seperti ChatGPT, Gemini dan Perplexity AI yang dibangunkan oleh syarikat gergasi teknologi seperti OpenAI, Google dan Perplexity, DeepSeek dibangunkan dengan model sumber terbuka dan sebagai projek sambilan menggunakan teknologi dan perkakasan dengan umur sekitar 2-3 tahun.
DeepSeek dilihat menjadi sangat popular pada mulanya kerana jawapan yang diberikan oleh aplikasi ini dilihat lebih semulajadi dan terkini, seperti saya sendiri yang melakukan carian di arena web. Kadar halusinasi pada DeepSeek juga dilihat lebih rendah kerana sekiranya ia ditanya sesuatu yang ia tiada jawapan melalui pembelajaran mesin ataupun carian sedia ada, ia akan berkata bahawa ia tidak tahu.
Pembangunan TeknologiDua-tiga hari kebelakangan ini, banyak yang diperkatakan tentang pembangunan aplikasi AI ini. Seperti yang kami katakan sebelum ini, ia dibangunkan oleh sebuah syarikat pelaburan kuantitatif yang dinamakan High-Flyer dari China.
Secara ringkasnya, pelaburan kuantitatif menggunakan data kewangan syarikat, algoritma komputer dan model matematik yang rumit untuk membuat keputusan tentang saham-saham yang sesuai untuk dilaburkan.
High-Flyer dibangunkan oleh Liang Wenfeng pada tahun 2015, menggunakan teknologi AI untuk membolehkan mereka membuat ramalan tentang trend pasaran saham, dan sekaligus tentang stok-stok saham yang berbaloi untuk dilaburkan.
Untuk ini, Liang Wenfeng dikatakan telah membeli sekitar 10 ribu kad grafik NVIDIA H100 pada tahun 2021, sebelum sekatan ekonomi dikenakan oleh Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden keatas syarikat-syarikat China, khususnya berkaitan kad grafik dengan kemampuan memproses aritmetik dan AI yang tinggi.
Pada tahun 2023, dan yang telah saya baca tentang syarikat ini dan pengasasnya, Liang Wenfeng.
]]>...Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free