Pakistan terbuka kepada siasatan neutral serangan pengganas di Kashmir
17 小时前
NEW DELHI - Pakistan terbuka untuk menyertai sebarang siasatan neutral dan telus berhubung serangan pengganas yang berlaku di Jammu dan Kashmir, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif pada Sabtu, lapor Sputnik/RIA Novosti.
"Pakistan terbuka untuk menyertai siasatan yang neutral, telus dan boleh dipercayai," kata Sharif dalam satu majlis di Akademi Ketenteraan di Abbottabad.
Pada Selasa, satu serangan berdarah berlaku di Jammu dan Kashmir, mengorbankan 26 orang termasuk seorang warga Nepal.
Polis memaklumkan bahawa tiga lelaki bersenjata berpakaian celoreng melepaskan tembakan secara rambang ke arah pelancong yang menunggang kuda di Lembah Baisaran, berhampiran bandar Pahalgam.
Kumpulan "Resistance Front”, yang bersekutu dengan kumpulan Lashkar-e-Taiba (diwartakan haram di Rusia), mengaku bertanggungjawab atas serangan itu. - Bernama/Sputnik/Ria Novosti
...
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️