Acer Memperlihatkan Komputer Riba Ujian Yang Dikuasakan Intel Panther Lake
1 天前
Di acara Computex Taipei, Acer telah memperlihatkan sebuah komputer riba contoh yang nampaknya dikuasakan oleh cip pemprosesan tersebut. Ia hadir dengan rekaan sebuah komputer riba Acer Swift 16, lengkap dengan paparan skrin bersaiz 16 inci dan pad sesentuh yang sangat besar sekali.

Sayangnya, oleh kerana komputer riba ini diperlihatkan didalam sebuah kotak kaca, kami tidak boleh melihat butiran spesifikasi komputer riba ini, dan samada ia benar-benar menggunakan cip Panther Lake ataupun tidak, walaupun kita tahu bahawa cip tersebut sekarang sedang diuji oleh pelbagai jenama pembuat komputer riba.
Cip pemprosesan Intel Panther Lake dihasilkan menggunakan proses binaan cip semikonduktor Intel 18A sendiri kali ini, setelah cip Intel Meteor Lake, Lunar Lake dan Arrow Lake dikilangkan oleh TSMC. Intel kini sedang merombak syarikat mereka untuk kembali menjadi bukan sahaja perekacipta cip semikonduktor terhebat, tetapi juga pengeluar komponen tersebut, setelah lebih sedekat ketinggalan belakang syarikat-syarikat seperti TSMC dan Samsung.
]]>...Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free